Nuffnang

Pengikut

Khamis, 30 Disember 2010

Balik kampung wei

Selepas bercuti di Pangkor aku dan keluarga mengambil keputusan untuk membeli-belah di kawasan berhampiran Jety Lumut. Antara yag sempat dibeli ialah t-shirt untuk anak-anak, makanan ringan hasil laut, ikan masin dan ikan bilis.


Selepas itu aku terus bergerak ke Taiping atau lebih tepatnya Kg. Jelai Batu Kurau Perok. Dari Lumut aku terus ke Sitiawan dan menyusuri Jalan Pantai Remis terus ke Taiping. Agak lama juga aku tidak melalui jalan ini.


Suatu perkara yang menarik apabila melalui jalan ini terutamaanya di area pantai remis banyak kedai kecil yang menjual hasil laut segar seperti udang, ikan dan ketam. Harganya sangat berpatutan dan memang murah berbanding yang dijual di pasar-pasar basah.


Pada hari tersebut perjalanan agak tersekat-sekat kerana kerja-kerja pembaikan jalan di beberapa tempat yang berasingan. Setibanya di simpang Trong ke Taiping kesesakan yang luar biasa berlaku. Hampir sejam aku tersekat di sini. Rupa-rupanya terdapat sebuah lori yang terbalik di sini.


Singgah sebentar di Masjid baru di Simpang untuk Solat Maghrib sebelum menuju ke kampong Jelai di Batu Kurau. Badan terasa amat letih dan akhirnya selepas mandi aku dan anak-anak terus tertidur dengan nyenyaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...