Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 25 Disember 2010

Pangkor Trip 2010

Balik daripada kelas Train the Tainer Dr. Azizan Osman maka bermulalah satu lagi misi iaitu Pangkor Trip bersama keluarga aku dan keluarga abang ipar. Kami meemang sudah berjanji untuk bercuti di Pangkor atau lebih tepatnya di Teluk Nipah.

Urusan tempahan Chalet sudah aku selesaikan sebelum ke kelas Dr. Azizan. Alhamdulillah hajat aku untuk mendapat chalet yang berhampiran dengan laut dan tempat makan tercapai juga. Ketika anak-anak aku masih kecil aku pernah ke sini agak lama dahulu.

Pada masa itu, jarak hotel dengan laut agak jauh. Setiap kali hendak ke laut aku sekeluarga terpaksa berjalan hampir 1km jauhnya. Pengalaman lalu menyebabakan by hook or by crook aku kena cari chalet yang berhampiran dengan laut. Tujuannya hanya satu, iaitu supaya anak-anak aku puas berendam dalam laut. Buka pintu chalet dah boleh terus ke laut.

Percutian kali ini, aku berasa sangat gembira kerana percutian kali ini disertai oleh ayahanda aku. Dah lama aku nak membawa ayahanda aku bercuti bersama aku sekeluarga. Mandi bersama, makan bersama, naik van bersama dan naik bot bersama antara moment yang paling indah dan menyeronokkan.


Yang paling best ialah apabila dapat berjalan berdua-duaan bersama dengan orang rumah selepas subuh di tepai pantai Teluk nipah yang amat indah pemandangannya. Dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, hempasan kecil ombak di tepi pantai dan sayup-sayup kelihatan bot-bot nelayan di tengah laut menjadikan moment yang sangat indah. Insyallah aku akan ke sini lagi. Tak cukup rasanya cuma sehari di sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...