Nuffnang

Pengikut

Selasa, 14 Disember 2010

Cafe Palma- Hotel De Palma Ampang

Selesai menghadiri kursus ESQ For kid untuk anak nombor 2 dan 3, aku dan keluarga bergerak ke tempat penginapan yang dah lama sangat aku nak bawa anak-anak aku ke sini. Semasa orang rumah aku menghadiri kursus IMKK DR. Azizan Osman pada bulan ogos yang lepas aku pernah menginap kat sini selama 2 hari.
Hotel ni sangat best kerana hotel pertama di negara kita yang menepati garis panduan syariah. Hati rasa tenang apabila makan di sini kerana terjamin kehalalannya. Hotel ni juga menepati Syarat-sayrat Shariah Complients. Terdapat sebuah surau yang luas di sini dan pada setiap hari jumaat surau ini digunakan untuk bersembahyang jumaat. Terdapat imam bertugas setiap kali masuk waktu sembahyang. Pada bulan puasa terdapat pelbagai aktiviti kerohanian diaturkan seperti qiamullail.
Sebagai kakitangan kerajan kita akan dapat diskaun istimewa untuk menginap di sini. Pemegang kad keahlian HPA juga menikmati diskaun istimewa. Dibahagian Loby juga terdapat kedai HPA yang menjual pelbagai barangan HPA. Hotel sentiasa Full House terutamanya pada hujung minggu.Hotel ini menjadi pilihan semua bangsa dan warga asing yang berkunjung ke Malaysia kerana harganya yang sangat berpatutan. Antara yang menarik perhatian aku ialah cafenya yang amat selesa dan suasananya sangat rileks serta santai

Makanannya pun sedap serta banyak pilihannya. Seronok melihat anak-anak aku berselera makan di sini dan yang lebih bestnya mereka boleh pilih sendiri apa yang mereka hendak makan.
Hotel De Palma satu-satunya Islamik hotel yang terdapat negara kita. Kini pada setiap cuti sekolah hotel De Palma menjadi pilihan pengantin baru mengadakap majlis resepsi di sini. Memang meriah terutamanya pada setiap kali hujung minggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...