Nuffnang

Pengikut

Isnin, 13 Disember 2010

ESQ FOR KIDS 27-28 NOVEMBER 2010 - UEM LEADERSHIP CENTRE, PETALING JAYA SELANGOR

Anak nombor 3 aku dan Venny Rikarianty (Trainer ESQ)

Selepas selesai anak aku yang sulung mengikuti program ESQ, Tibalah giliran anak aku yang nombor 2 dan nombor 3 mengikut jejak langkah kakaknya. Ternyata anak nombor 2 dan nombor 3 aku amat excited untuk menyertainya. Tambahan mereka telah didedahkan oleh aku, orang rumah aku dan anak sulung aku serba sedikit tentang ESQ.

Kali ini ibu dan ayah diperuntukan masa yang lebih lama untuk mengikuti program tersebut bersama anak-anak. Dapatlah juga aku serba sedikit tentang pengalaman bagaimana para trainer mengendalikan program untuk kanak-kanak.

Ternyata kandungan modulnya lebih ringan daripada program ESQ untuk Teen. Kali ini Trainer yang membimbingnya Trainer wanita iaitu Venny Rikarianti dibantu oleh Fairdaus Djamaris dan seorang trainer dari Malaysia. Program yang disusun banyak berbentuk permainan dan diselang seli dengan nyanyian. Memang sangat menyeronokkan.

Sekali-sekala anak-anak dibawa mengembara masuk ke alam cekerawala dan ke dalam diri yang disebut inner journey dan outer journey. Setiap kali sesi kembara jiwa selesai ramailah yang teresak-esak menangis. Terasa sungguh kesyahduan kerana tangisan anak-anak yang penuh ikhlas. Tak sedar air mata aku juga tumpah terutama apabila anak-anak datang memeluk sambil meminta ampun.

Selesai setiap sesi pengembaraan ke dalam jiwa dan cakerawala maka anak-anak diajak bermain lagi dengan setiap satu permainan tersebut mempunyai falsafah dan pengajaran di sebaliknya. Antara sessi yag paling syahdu ialah sesi mengenali dan mencintai nabi. Dengan olahan cerita yang penuh unsur melankolik menyebabkan kita sangat terasa dekatnya dengan nabi. Terasa begitu bertuahnya kita umat akhir zaman yang amat di sayangi oleh nabi.

Antara intipati yang dapat aku gambarkan dan amat menyentuh jiwa ialah tentang Muhammad kecil ialah semasa beliau dilahirkan didunia nasibnya tidak sama seperti kanak-kanak lain yang merasa belai kasih sayang dan usapan lembut seorang insan yang bernama ayah dikepalanya.

Beliau tidak dapat bermain-main dengan insan yang bernama ayah. Ketika baru hendak mengenal dunia dan marasai kasih sayang seorang ibu tiba-tiba ibunya pula meninggal dunia. Anda bayangkan seorang anak kecil yang tiada ayah dan tiada ibu disisinya.Hilang tempat bergantung dan tiada pula tempat mengadu.

Cuba anda bayangkan sekiranya anak anda mengalami nasib yang sama. Cuba renungkan matanya yang hilang sinar tanpa ayah dan ibu disisi. Mujurlah beliau masih mempunyai seorang datuk sebagai tempatnya mencurah kasih sayang. Ketika kasih sayang dan kegembiraan baru hendak berputik datuknya pula pergi mengadap ilahi. Cuba anda bayangkan bagaimana seorang anak yang berusia 8 tahun yang tiada kasih sayang dari seorang insan yang bernama ayah, tiada belaian daripada seorang insan agung bernama ibu dan seorang pelindung yang bernama datuk.

Ketika inilah air mata sudah tidak tertahan-tahan lagi. Sehinggalah Beliau menjadi Nabi dan Rasul dan saat akhir kewafatannya masih menyebut ummati, ummati dan ummati. Sayangnya nabi kepada umat akhir zaman yang sentiasa menyebutnya sehingga ke akhir hayatnya. Peristiwa ini amat menyedihkan dan amat meruntun jiwa kerana adakah kita umat akhir zaman sayang kepada nabi sebagaimana sayangnya nabi kepada kita.......Allah hu Akbar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...