Nuffnang

Pengikut

Selasa, 14 Disember 2010

Pak Mal Nasi Ayam - Shah Alam

Bahagian depan Gerai Pak Mal
Gerai yang akan aku introduce pada kome ni memang kome kena singgah kalau sampe di Shah Alam. Tak sah kalau tak singgah kat sini. Nama gerainya gerai nasi ayam Pak Mal. Cara nak sampe kesini senang bebenor yop. Syarat pertama kena jumpa bulatan kayangan. Bulatan kayangan ni ada bendera selangor besor di atas bukit yang juga terletak istana selangor di situ.

Nasi Ayam


Dari kl ambil arah pukul tiga. Syarat kedua kena cari stesyen minyak Caltex. Lokasi Gerai Nasi ayam Pak Mal terletak dibelakang Stesyen Minyak Caltex. Waktu tengah hari memang gerai ni tersangatlah penuh. Susah jugek untuk mendapat tempat duduk.

Ayam

Tambahan masa cuti sekolah ramai yang makan disini bersama keluarga. Pekerja-pekerja kerajaan dan swasta di kawasan sekitarnya jugek tidak kurang ramainya. Kali pertama aku berkununjung ke sini terpaksa menunggu agak lama juga untuk mendapat tempat duduk.

Ayor Jagung


Namun layanannya sangat bagus dan sangat cepat. Tidak perlu menunggu lama untuk makan nasi ayam dan minum. Pelayan-pelayannya sentiasa alert dengan pelanggan. Bagi mereka yang mengejar masa memang sesuai makan disini terutama bagi mereka yang ingin bungkus nasi ayam untuk di bawa balik. Sangat cepat servicenya.

Ayor Nyor

Sepanjang aku berada di Shah alam hampir setiap hari aku berkunjung ke sini. Nasi ayamnya memang best. Ayamnya memang superb. Air minuman pilihan aku ialah air longan. Huh betul-betul holiyau. Jangan percaya apa aku tulis. Datang sendiri dan rasa. Feel the experience..


Ayor Longan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...