MAHA datang lagi. MAHA memang best, MAHA memang happening. Kalau tak pergi rugi pulak rasanya. Selepas mandi-manda di kolam De Palma Hotel aku dan keluarga meneruskan journey kami ke MAHA. Hati ini memang dah terasa keseronokannya. Dah terbayang kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan yang diipamerkan.
Fikiran dah terbayang tentang kesedapan pelbagai jenis makanan yang enak-enak dan lazat-lazat. Pemeran MAHA sebelum ini aku hanya pergi sorang. Masa tu cukup ramai orang menjual otak-otak. Yang bestnya tu otak-otaknya sangat fresh datang dari JOHOR.
MAHA kali ini aku juga sudah dapat membayangkan kesedapan otak-otak dari JOHOR. Namun tiba-tiba jeng jeng jeng, sebaik masuk ke kawasan UPM berlakulah perkara yang aku takk inginkan iaitu kesesakan lalu lintas. Jalan ke MAHA Jam teruk. Kereta aku dah mengeluarkan macam-macam bau. Kebetulan kereta aku memang selalu pulak naik temperaturenya akhir-akhir ini.
Terpaksa la setiap kali berhenti enjin kereta ditutup. Kesesakan berlaku hampir sejam daripada simpang UPM ke MAHA. Kepanasan, rasa tertahan nak kencing, dahaga dan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk menyebabkan aku dan keluaarga betul-betul merasa libang libu.
Pada perkiraan aku hari yang aku sekeluarga ke MAHA adalah hari bekerja iaitu hari isnin, maka sudah tentulah tidak akan berlaku kesesekan. Sangkaan aku meleset. Meleset sama sekali. Rasanya kesesakan sama sahaja sama ada hari bekerja atau hari tidak bekerja.
Setibanya di tempat letak kereta timbul masalah baru apabila kami sekeluarga terpaksa berjalan jauh untuk naik traktor yang akan membawa kami ke tapak MAHA. Tiba ditempat Traktor aku sekeluarga terpaksa berbaris panjang pula sebelum dapat menaiki Traktor atau disebut Tram. Setiba di tapak MAHA untuk ke dewan MAHA aku dan keluarga terpaksa pulak mendaki jalan tar yang curam.
Kalau tak kerana keunikan MAHA ini baik aku pergi masjid negara atau zoo negara ataupun Makan-makan kat kg. Baru . Tak de le sesak macam ni. Setiba di tapak MAHA memang dah tak tertahan nak rasa terkencing. Wujud pula masalah baru apabila orang beratur panjang hanya untuk kencing. Jenuh le mengeliat ke kiri ke kanan menahan kencing.Keadaan lebih sesak di tandas perempuan.
Setelah melalui perjalanan yang panjang dan melalui pelbagai dugaan dan cabaran akhirnya tercapailah hasrat aku dan keluarga untuk melawat MAHA. Kami hanya sempat melawat satu dewan. Selepas itu perut pulak rasa lapar. Terus aku sekeluarga ke dewan yang menjual makanan. Kaki sebenarnya dah semakin berdenyut-denyut.
Selepas makan aku bercadang untuk melawat lain-lain dewan tetapi apakan daya hujan pulak turun dengan lebatnya. Hanya aku dan seorang anak lelaki yang sempat berkunjng ke dewan lain dalam keadaan basah kuyup. Menjelang pukul 10.00 malam ketika hujan semakin reda dan selepas menunaikan solat isyak di surau yang sangat sejuk, aku dan keluarga bersiap untuk pulang ke lubuk.
Setiba di tempat parking kereta, hanya tinggal kereta aku disitu. Ini bermakna aku antara orang yang terakhir meninggalkan tapak MAHA. Letih,ngantuk,panas, tak larat namun ada satu perkataan yang dapat aku rangkumkan daripada semua situasi di atas iaitu PUASSSSSSSS.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan