Nuffnang

Pengikut

Isnin, 13 Disember 2010

Syed Bistro, Petaling Jaya



Long long time ago aku pernah singgah dan makan di restoran ini. Specialities restoran ini ialah nasi Briyani Bukhara. Tetapi sebenarnya makanan yang lain juga amat menyelerakan. Semasa anak-anak yang nombor 3 dan nombor 2 aku menyertai ESQ For kid maka aku mengambil kesempatan untuk ke restoran Syed Bistro.


Oleh kerana memang lama aku tak ke sini menyebabkan agak sukar juga untuk mengagak lokasi sebenar Syed Bistro. Setelah mengetahui lokasinya secara try and error aku berhadapan dengan masalah untuk mencari tempat parking.


Tambahan pula pada hari tersebut di Petaling jaya sedang berlangsung persidangan Parti Keadilan Rakyat PKR menyebabkan jalan sedikit sesak. Setelah tawaf sebanyak 3 kali di kawasan kedai maka akhirnya dapat juga aku tempat parking. Namun jaraknya agak jauh daripada Syed Bistro.

Sebenarnya pada hari tersebut aku ke Syed Bistro sebanyak 2 kali iaitu pada waktu pagi dan waktu tengah hari. Pada waktu pagi aku cuma makan roti canai. Rasanya memang sedap. Roti dan kuahnya sangat sedap. Pada waktu tengah hari aku makan nasi bukhara kambing. Perrggghhhh memang sedap macam dulu jugek....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...