Nuffnang

Pengikut

Khamis, 30 Disember 2010

ESQ Parenting II 25.12.2010

Pada 10.10.2010 aku telah menghadiri ESQ Parenting siri pertama di Malaysia yang dibawa sendiri oleh pengasas ESQ 165 Dr. Ary Ginanjar. Di dalam program ini kita disedarkan tentang tanggungjawab kita sebagai seorang ibu dan bapa serta cara yang betul mendidik anak-anak semenjak dalam kandungan lagi.

Bagi membina sebuah Tamadun yang gemilang seperti Tamadun Islam di Andalusia memerlukan usaha pendidikan anak-anak yang betul semenjak dari awal lagi. Program ini sarat dengan pelbagai info dan pengetahun yang tidak ternilai harganya.

Seperti biasa program ini di sampaikan dengan suasana yang santai dan sangat mengesankan. Gabungan Skrin Lebar, Multimedia dan sistem bunyi yang sangat powerful memberikan kesan yang mendalam dalam jiwa. Terasa banyak sangat kesalahan yang telah dilakukan dalam mendidik anak-anak yang juga merupakan khalifah di muka bumi.

Sesi yang sangat mengesankan jiwa aku ialah pada sesi akhir apabila semua peserta diminta mengisi borang pesanan dan luahan jiwa kepada anak-anak. Tiba di sesi ini air mata tidak tertahan-tahan apabila persatu-persatu wajah anak-anak muncul silih berganti dalam pemikiran sambil mengenangkan kesalahan-kesalahan lalu yang telah dilakukan.

Tak lengkap rasanya jika cuma aku seorang yang mengetahui info ini dan merasai pengalaman ini. Maka apabila ESQ Parenting siri dua diadakan pada 25.12,2010 di Hotel Falmingo Ampang maka aku mengambil kesempatan untuk membawa bersama orang rumah bagi merasai dan melalui pengalaman yang sangat bermakna ini. Kali ini ku datang sebagai alumni parenting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...