Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 10 Oktober 2009

Rambut Gonjeng


Terima kasih zayyat kerana merangsang aku menulis tentang zaman rock kapak. Apabila melihat gambar di atas betul-betul merangsang aku untuk menulis artikel ini. Sebelum kelahiran kumpulan-kumpulan rock awal 80-an, muzik pada ketika hanya di dominasi oleh lagu -lagu yang meleleh dan tangkap cintan.

Persaingan yang hebat pada ketika itu ialah antara kumpulan Alleycat dan blues gang. Aku ingat lagi Blues gang sentiasa buat road tour satu malaysia. Sebelum rock mendominasi arena muzik tanah air aku cukup fanatik dengan Blues Gang (Sahabat aku Zainol tentu suka dengan kenyataan ini, sebab dia pengumpul album-album blues gang sejak dari awal. Blues gang memang betul-betul blues terutamanya semasa mereka merakamkan album inggeris.

Selepas Search meledak dengan album buatan Malaysia, aku mula meminati muzik rock yang lebih dekat dengan jiwa remaja yang sentiasa memberontak dan panas. Kemunculan Battle of the band, wing, lefthnded dan lain-lain kumpulan terus menyemarakkan lagi dunia rock tanah air.

Tetapi kumpulan gersang walaupun membawa muzik rock sering di baling telor masa konsert sebab penampilan (imej) dan lagu tak matching serta tak masuk ball joint. Zaman tu kalau rock mesti rambut panjang,seluar ketat dan ganas sikit. Macam SYJ penampilan memang kelass. Yang aku tak tahan tentang SYJ ni dalam pada penampilan yang ganas tiba-tiba man rni boleh nyanyi lagu tangkap leleh bunga padang pasir. Alamak spoil betul la.

Perkembangan muzik rock disemarakkan lagi dengan pelbagai siri konsert road tour seluruh negara yang menjadi wahana bagi anak-anak muda untuk berhibur. TV 3 pula menayangkan dari panggung Anniversary setiap minggu. Maka apalagi berkumandanglah irama rock seantero Malaysia.

Tak terkecualilah aku & geng. Pantang ada album baru, mesti beli. Yang menjadikan aku lebih dekat dengan rock apabila geng-geng sekampong menubuhkan kumpulan rock dan pselalu ergi jamming. Aku pun terseret sekali. Mulanya aku main drum (boleh la main sikit-sikit tak de la terror sangat, tak de tanduk akar pun berguna).

Selepas itu aku jadi vokalis. Masa ni lah aku mula mengenakan seluor ketat. Antara lagu wajib masa jamming orang timur SYJ, Heavy Chain Loudness dan 2 minute 2 midnight iron myden. Kalau geng aku masuk jamming memang ramai yang memberi perhatian. Maklum la permainan yang mantap terutamanya pemain gitar lead Atan dan pemain Drum Deris.

Aku macam biasa tukang tarik lagu. Semua key lagu aku lepas. Sekarang ni entah le tercungap-cungap. Dulu jamming 1-2 jam non stop selamba je. Masa ni aku dah mula pandai mengenakan seluor ketat. Emak dan ayah aku Usha je. Last-last aku dapati seluar itu hilang. Ropanya emak aku sudah sorok. Sampai ke sudah aku tak jumpa.

Di dalam gambar di atas tu adalah sebahagian geng aku masa zaman rock kapak dulu. Disebabkan aku masih bersekolah rambut terpaksa la digonjengkan. Zayyat aku pinjam gambor engko ye.....

2 ulasan:

  1. n3 hang buat aku teruja utk menulis pasal rock kapak zaman aku...hahhahaha..

    n3 aku siapkan...

    BalasPadam
  2. tulih din jangan tak tulih, tengah semangat tu menulis memang sedap, idea datang mencurah-curah

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...