Sudah menjadi kebiasaan bagi aku untuk mengumpul dan menyelesaikan semua urusan yang berkaitan bank, pembayaran kad dan lain-lain urusan dalam satu masa. Maklum la sesi persekolahan hanya tamat pukul 2.00 petang. Kadang-kadang ada mesyuarat terpaksa balik sekitar 3.30 ke 4 petang.
Balik ke rumah badan dan lesu dan mata bagai di gantung batu. Maka aku terpaksa mengkhaskan satu hari tertentu untuk menyelesaikan semua urusan. Pada hari tersebut kadang-kadang sampai 6-7 urusan diselesaikan. Ada urusan yang melibatkan office hour dan ada urusan yang tidak melibatkan office hour.
Memandangkan masa terhad terpaksalah berkejar-kejar. Kalau dulu kerja-kerja ni boleh di selesaikan pada hari sabtu. Sekarang ni banyak pejabat yang di tutup pada hari sabtu terutamanya kalau nak berusan yang melibatkan agensi kerajaan.
Masa perlu di rancang dengan teliti. Yang mana patut didahulukan akan didahulukan . Mana yang patut dikemudian akan dikemudiankan. Kalau tidak memang ada urusan yang tak dapat dibereskan. Memang dah jadi lumrah kepala ligat berfikir untuk menyelesaikan semua urusan sambil tangan memandu kereta bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi.
Dalam masa bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi kadang-kadang terdapat agenda tambahan yang perlu dimasukkan dalam jadual. Maka daripada 6 - 7 urusan akan bertambah menjadi sehingga 10 urusan.
Contohnya masa tu la teringat nak beli lampu yang terbakar di rumah , dan terpaksa berhenti sekejap di kedai lampu.Nak patah balik ke kedai tu nanti agak sukar sebab destinasi tempat untuk menyelesaikan satu-satu urusan agak jauh.
Itu sebab itu dalam kepala ni bercabang dengan pelbagai perkara yang berkaitan untuk menyelesaikan urusan utama atau agenda tambahan. Semua perlu cepat, fikir kena cepat,bergerak kena cepat dan kadang-kadang berjalan pun perlu cepat.
Terutama kalau urusan yang nak diselesaikan itu di Kuala Lumpur atau Ipoh. Lagi la aku kelam kabut. Dalam masa kelam kabut ni banyak kejadian lucu berlaku. Antaranya kejadian yang pernah berlaku di sebuah kedai barangan keperluan rumah.
Selepas mengambil barang keperluan rumah aku pun meletakkan barang tu di kaunter. Yang jaga kaunter tu mengira dan berkata "Semuanya RM 50.00 ringgit". Aku yang memang berserabut fikiran untuk mengejar masa menyeluk poket dan menghulurkan duit.
Lama aku menghulurkan duit tu tapi tidak di sambut olehnya. Aku pun hairan. Kemudian dia berkata"Encik ni duit seringgit". Baru aku perasan duit yang aku bagi tu duit seringgit. Malu juga rasanya.
Ada sekali tu aku membeli barangan bernilai RM 200 lebih,.tapi yang aku hulurkan bukan duit tapi buku bank. Jenuh yang jaga kaunter tu ketawa. Yang terkini berlaku 2-3 hari sudah. Aku singgah di gerai air buah dan buat potong the best in town. Kata yang jaga kaunter "encik semuanya RM 5.60".
Masa tu kepala fikir selepas beli air buah ni aku nak menyelesaikan urusan penghantaran komputer yang rosak. Dengan pantas aku menyeluk poket dan terus menghulurkan duit. Duit aku tak bersambut. Ropanya-ropanya resit auto teller machine yang aku bagi.
Brother jual air tu senyum je. Cuma yang aku risau satu hari nanti akan keluar benda -benda yang tak sepatutnya dari poket umpamanya remote control, surat potong api atau surat potong air atau surat saman.
Sebab aku pernah terbawak remote kontrol dalam seluar pergi ke pekan sebab aku ingat kan handphone. Nak cepat punya pasallah ni. Sebelum keluar rumah cekau je apa yang patut. Seluk-seluk poket nak call kawan rupanya remote control yang aku bawak. Hampeh betui............

Tiada ulasan:
Catat Ulasan