Apabila anak-anak aku mula batuk-batuk ini memberu petanda kepada aku bahawa cuaca di luar sebenarnya sejuk. Maka aku akan mula mengingatkan mereka tentang beberapa perkara yang perlu mereka hindari. Seperti kata sahabat baik aku Raja Musa.
Apabila badan mula merasakan kesejukan kita perlu melakukan sesuatu usaha untuk memanaskan semula suhu badan. Badan akan mudah diserang pelbagai jenis virus apabila berada dalam kesejukan. Antara lanagkah yang aku dan keluarga ambil ialah:-
1. Jangan minum ais 2. Jangan pasang kipas 3. Tidur pakai baju 4. Jangan tidur di atas lantai. 5. Pakai baju sejuk bagi yang batuk terlampau kuat. Ini antara perkara yang aku dan keluarga amalkan sejak dulu. Alhamdulillah langkah ini dapat menghindari masalah batuk.
Aku juga apabila cuaca di luar agak sejuk seperti sekarang badan seolah-olah dapat merasa kesejukan. Apabila batuk-batuk kecil mula berbunyi maka aku juga akan mengambil langkah yang sama. Apabila terdedah dengan kipas berlebihan dan air-cond berlebihan menyebabkan batuk-batuk kecil akan muncul.
Aku mula mengambil langkah berhati-hati dan mula mengamalkan semua langkah di atas. Sekiranya aku terus membiarkan diri ini dengan semua punca yang boleh menyebabkan batuk ditakuti batuk ini akan berterusan.
Macam mana la rakyat kita yang berada di luar negara. Mampukah menahan kesejukan. Kalau aku ke sana agaknya alamatnya batuk tak renti-renti la. Namun sahabat aku yang sorang ni Cikgu Razak Lebai Ahmad steady je apabila dia selalu ke Norway. Tak de pulak batuk-batuk. Kalau aku entah le. Sejuk sikit kat Malaysia pun dah mula batuk.
Aku amat takut sekiranya sejarah lama berulang. Sukarnya aku nak sembuh sekiranya batuk. Dahulu Pernah aku batuk sampai 3-6 bulan. Namun semenjak aku mula kembali mengambil herba-herba tertentu sebagai suplement harian masalah itu beransur kurang. Apabila aku membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh tak de pulak masalah-masalah serius sperti batuk kering atau penyakit yang berkaita paru-paru.
Namun aku akan menutup terus punca-punca yang boleh menyebabkan aku batuk. Tak tertanggung rasanya batuk. Kalau dulu Waktu kemuncak batuk bagi aku ialah antara pukul 3.00 pagi hinggalah waktu subuh. Apabila terbatuk aku akan terjaga. Tertidur kejap nanti batuk lagi. Cukuplah dulu aku pernah mengalaminya. Aku nak berpesan kepada adiri Aku sendiri dan pembaca blog berhati -hatilah dengan cuaca di luar ketika ini.
Memandangkan pelbagai bencana seperti ribut dan gempa berlaku di negara jiran, kemungkinan negara kita pun terkena tempiasnya. Kata Azizi sahabat dunia cyber aku yang berada jauh di Iran, salji sudah mula turun di Iran. Seronoknya seketika sengsaranya sampai 3 bulan. Dengan perubahan cuaca di negara jiran sedikit-sebanyak kita juga merasa kesannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan