Nuffnang

Pengikut

Isnin, 12 Oktober 2009

Kena lagi


Hari ini keluar lagi berita tentang orang melayu yang kena tipu dalam pelaburan. Pelaburan syiling kijang emas dan rumpai laut. Seperti biasa yang kena tipu Siapa? Aku rasa anda pun tahu jawapannya kan.

Yang kena tipu tu kebanyakannya profesional seperti jurutera, Doktor dan sebagainya. Mungkin juga mereka ni tak kisah kena tipu sebab banyak duit. Yang benar-benar terasa bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam entry yang awal-awal dulu aku dah ceritakan tentang bisnes rumpai laut ni. Siapa dalang di sebaliknya, tetapi masih ada yang tak percaya. Letih kadang bercakap. Yang jadi ajennya pun bukan orang lain member aku jugak.

Sedari awal aku mendapati banyak yang tak kena dengan bisnes ni. Seolah-olah macam ada Hidden agenda. Namun pada ketika itu aku tak dapat meneka apa hidden agendanya. Cuma terasa dalam hati ni ada yang tak kena.

Bukan sekali, bukan 2 kali, malahan banyak kali ajen ni memujuk aku. Dengan harapan apabila aku masuk, aku bawak ramai lagi bekas downline aku masuk pelaburan ini. Nasib baik la kata hati ini jangan masuk, jangan masuk. Kalau tidak jenuh aku yang disumpah seranah oleh bekas-bekas downline.

Orang lain sedap-sedap dapat duit, kita yang tengah mati kena maki. Cukuplah sekali, tak sanggup lagi rasanya dimaki dan dicerca. Oleh itu aku nak menegaskan sekali lagi apa juga bisnes buat sendiri dan mesti dalam kawalan kita. Wa chow dulu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...