Nuffnang

Pengikut

Ahad, 25 Oktober 2009

Datuk



Cerita 17 Top 60

Hari ini aku mengambil kesempatan menyelami perasaan anak-anak murid kelas hujung terutamanya murid asli. Oleh kerana hari ini aku kekeringan idea untuk mengajor menyebabkan aku mengambil keputusan untuk mengajo mereka menyanyi lagu Perak Darul Ridzuan. Kome tentu masih ingat lagu ni. Perak Darul Ridzuan, Negeri indah permai, penduduknya hidup aman damai, dinaungi keadilan sultan..... begitu lah antara bait-bait indah lirik lagunya.

Bukan main suka dan penuh bersemangatnya mereka menyanyi. Yang tak reti baca pun kejap je boleh ingat lirik lagu ini. Ini lah pelajar asli hiburan sangat rapat dan dekat dengan jiwa mereka. Hari-hari pun deme lalu kalau belajor menyanyi. Aku teringat semasa aku mengajor di SMK Sri Tapah (juga sekolah yang ramai orang asli) apabila bab-bab kebudayaan ni tak payah disuruh deme buleh buat sendiri, sedap pulak tu. Antara pelajar keluaran Sri Tapah yang berjaya ialah Mazwan Anak Gajah Juara Asyik 2009.


Habis sahaja menyanyi masa ada banyak lagi. Aku berfikir apa lagi yang aku hendak buat untuk memenuhi masa yang berbaki. Aku pun mula menyelami perasaan mereka tentang kampong halaman mereka. Banyak soalan yang aku ajukan. Tiba-tiba Si Tomy ni cerita pasal datuk dia yang suka makan pinang. Apalagi aku pun dapat idea. Maka topik perbincangan seterusnya ialah tentang Datuk. Aku pun tanya "Siapa yang ada Datuk lagi? " semua pelajar mengangkat tangan termasuklah murid melayu dan India turut mengangkat tangan.

Pelajar asli yang sorang ni sambil mengangkat tangan dia terus menjawab "datuk saya dah mati cikgu." Dalam hati aku berkata kalau dah mati buat apa angkat tangan sebab soalan aku tadi untuk datuk yang masih hidup. Namun aku layan je la dan aku pun bertanya "Dia mati sebab apa?". "Datuk saya bawak motor lepas tu dia jatuh sungai cigu” Terang pelajar asli tersebut. “Motor tak jumpa datuk pun tak jumpa" Satu kelas ketawa namun muka pelajar ni serius je. Mungkin sedih kut mengenangkan macam mana motor boleh jumpa sedangkan datuknya hilang.

Kemudian aku terus bertanya pelajar asli yang lain. "Datuk kamu ada lagi?". Jawab dia "ada cigu tapi dah mati'. Alamak mati juga, silap ke soalan aku tadi lain yang aku tanya lain yang dijawabnya. Aku tanya lagi "Sebab apa dia mati?" "Demam cigu" oklah tu. Demam adalah sebab kematian yang biasal . Malas aku nak menyambung perbualan tersebut.

Pelajar asli yang ketiga ni belum sempat aku tanya dia dah jawab "Datuk saya mati bunuh diri cigu, dia minum ubat sumpit, lepas tu mati". Gaya dia bercakap sebiji macam pendekar mustar dalam cerita Pendekar Bujang lapuk. “Ajis angkat kain hujan dah turun” Yang best tu dengan selamba dia menceritakan dengan begitu terperinci tanpa ada rasa malu yang datuknya membunuh diri. Mungkin bagi pelajar ni perkara tersebut perkara yang biasa. Ini lah antara pengakuan ikhlas berani mati yang diceritakan oleh anak-anak murid asli aku. Kita bertemu lagi dalam cerita yang seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...