Cerita 6 Top 60
Apabila melihat anak-anak murid aku menepuk meja teringat aku kepada penepuk-penepik meja berbakat zaman persekolahan dulu. Memang pantang ada waktu terluang mesti buat konsert kat belakang kelas. Antara penepuk meja yang berbakat pada zaman persekolahan aku ialah Yob Salihin.
Apabila dia menepuk meja member aku yang lain akan diam sambil menghayati irama yag keluar daripadanya. Memang sedap dan mantap. Satu meja boleh mengeluarkan pelbagai irama apabila di tepuk di bahagian yang berlainan. Kadang-kadang ditambah dengan aksesori lain umpamanya bekas pensil besi yang mengeluarkan bunyi cymbal. Inilah kehebatan Yob
Cakap je lagu apa. Lagu melayu, lagu cina, lagu jepun dan lagu kartun semua Yob tahu. Satu lagi kelebihan Yob Salihin ni dia pandai bercerita. Zaman tu tengah top cerita Kapten Future.Kalau dengor dia bercerita dan meniru babak-babak dalam cerita kartun besiri kapten future tu memang terpesona tangkap leleh bro..Umpamnya Bunyi robot Kapten Future sebijik dia tiru macam dalam TV.
Penepuk meja yang tak kurang hebatnya ialah seorang lagi sahabat aku Termizi Rafie. Memang hebat dan mantap ala-ala akira jimbo. Kalau cikgu tak de je atau lambat masuk kelas apa lagi akan adalah konsert. Sham mabuk akan pegang penyapu terangguk-angguk memang macam orang mabuk .
Daripada lagu rock sampai lah lagu lagu tangkap leleh semua kita taram. Memang Happening. Termizi ni memang pemain drum yang berbakat. Satu perkara lagi yang best tentang Termizi ni dia pun pandai bercerita. Kalau dia pergi tengok wayang kita tak payah pergi dah. Dia balik je nanti kita dengor dia bercerita. Memang detail ceritanya. Dia mampu membawa mood dan pemikiran kita seolah-olah kita juga sedang menonton wayang tersebut
Umpamanya semasa dia menceritakan kembali kepada aku and the gang tentang cerita Indiana Jones The Last Crusade.Khusyuk betul kami mendengarnya. Siap ada effect bunyi dan dia juga menggayakan aksi Harrison Ford. Tengok wayang pun tak berapa syok berbanding cerita Mizi. Sekarang Mizi dah jadi pensyarah IPG Ipoh. Dengor cerite kat sana pun dia main drum jugak. Mizi sesekali ajak le aku join.Dah lama tak Jamming ni. Gate beno dah tangan ni.
Bakat dua orang penepuk meja ni amat mempengaruhi aku.. Kadang-kadang sesekali aku tepuk juga meja apabila boring duduk dalam kelas sementara menunggu murid balik daripada kelas PJ atau KH.. Cuma genre muzik je lain. Rock boleh, dangdut boleh, lagu india pun boleh semuanya aku taram semacam je.
Terkini lagu orang asli pun aku layan maklumlah aku ngajo ramai orang asli. Sempat juga irama sewang ini meresap dalam pemikiran aku. Terasa betul keasliannya irama ini.. Nyata berbeza daripada biasa sambil mengimbau kenangan terindah yang mengusik kalbu. Sangat mahal pengalaman itu. Semoga terus subur dalam ingatan dan ikatan persahabatan yang berkekalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan