Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 30 Oktober 2009

Cikgu wayar putus 3

Cerita 22 Top 60


Jadual waktu dan guru adalah ibarat isi dan kuku. Jadual waktulah yang menentukan pergerakan seharian cikgu di sekolah. Tanpa Jadual Waktu sekolah akan jadi haru-biru dan tenggelam punca. Selalunya jadual waktu ditampal di meja atau dalam buku rekod mengajar.


Jadual keseluruhan guru dalam sesebuah sekolah biasanya dipegang satu salinan oleh pengetua. Sebagai guru kita mesti mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan. Perubahan jadual waktu memang kerap berlaku terutamanya awal tahun.


Namun kadang-kadang sehingga pertengahan tahun pun jadual waktu masih di rombak disebabkan perkara-perkara yang diluar jangkaan dan tidak dapat dielakkan. Aku nak sambung sedikit lagi cerita tentang cikgu wayar putus dan jadual waktu.


Cikgu ni memang tak pernah hirau dan kurang ambik berat tentang jadual waktu. Kadang-kadang ikut suka dia je nak masuk kelas. Banyak kali insiden dia nak termasuk kelas orang lain. Kadang-kadang orang lain terpaksa menunggu dia tak keluar-keluar dari kelas yang dia mengajar walaupun masanya dah habis.


Selalunya apabila dia tiba di satu-satu kelas semacam dah jadi satu amalan dia akan bertanya pelajar "waktu apa sekarang ni?" walaupun masa tu ada cikgu lain dalam kelas tersebut. Pelajar-pelajar pun kadang-kadang dah jemu nak jawab soalan. Ini menunjukkan kelemahan dia sebagai guru yang mungkin tak ambil tahu atau kurang ambil tahu tentang jadual waktu.


Pada satu pagi yang bening dia tergopoh-gapah datang ke kelas dan terus nak masuk kelas tu. Oleh kerana ada cikgu lain sedang mengajar di dalam kelas tersebut maka seperti biasa dia akan bertanya kepada pelajar "Waktu apa sekarang ni?". Yang bestnya tu ada sorang budak jawab "kalau jadual waktu pun tak tau, tak payah jadi cikgu le".


Mungkin pelajar ni dah jemu hendak menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali. Sekali dengar memang kasar jawapan budak tu. Tetapi kalau difikirkan kali kedua ada kebenaran jawapan itu. Jadi Cikgu Wajib kena tahu jadual waktu. Jadual waktulah yag akan menentukan kelicinan dan kelancaran Core Business P&P. Kalau tidak jangan le jadi cikgu.....

2 ulasan:

  1. Ada cikgu bongok gitu? Hahahaha...

    Memang patut pun pelajar jawab gitu.

    Kalu sekali dua, boleh tahan lagi..

    BalasPadam
  2. Aku pun heran macam mana le boleh lepas jadi cikgu

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...