Nuffnang

Pengikut

Isnin, 12 Oktober 2009

LUKISAN 4D

Cerita 3 Top 60

Dalam Subjek Kemahiran Hidup ada satu tajuk tentang lukisan teknik di bawah tajuk lukisan kejuruteraan. Tajuk ni memerlukan pelajar melukis lukisan kejuruteraan dengan teknik yang mudah dan simple. Walaupun agak mudah tetapi agak teknikal. Hampir lima tahun aku mengajar KH. Mulanya takut juga aku nak mengajo KH ni. Maklum le sesuatu yang agak asing bagi aku.


Tapi berkat tunjuk ajar cikgu senior KH Cikgu Abdul Razak Lebai Ahmad (Cikgu ni dah mengembara banyak tempat menarik di seluruh dunia-nanti aku ceritakan pengalaman dia) Maka aku terus jatuh cinta dan seronok mengajar subjek KH.

Bagi aku subjek KH ni subjek yang hidup dan semua budak suka sama ada budak pandai atau budak lemah sebab banyak benda-benda praktikal seperti bertukang, berkebun, solder litar, repair lampu, bela ikan dan macam-macam lagi.

Jumlah pelajar dalam satu kelas
tak berapa ramai sebab satu kelas dia bagi dua. Yang lelaki dengan aku. Yang perempuan ada cikgu perempuan yang akan mengajar mereka. Selalunya waktu KH waktu yang ditunggu oleh pelajar. Kadang-kadang 5 minit sebelum waktu KH pelajar dah berderet menunggu di luar bengkel. Terutamanya pelajar asli cukup suka dengan subjek KH ni.

Berbalik kepada lukisan kejuruteraan tadi. Antara kandungan dalam tajuk lukisan kejuruteraan ada satu tajuk iaitu lukisan Oblik. Sebelum masuk tajuk ni macam biasa kena ada set induksi. Oleh kerana pelajar yang aku akan ajar merupakan pelajar lemah campuran pelajar asli dan india maka soalan dalam set induksi pun soalan yang rendah arasnya.

Aku tanya mereka apa
jenis lukisan lain yang mereka tahu dan pernah lihat. Ada yang menjawab lukisan orang. Ada yang menjawab lukisan binatang. Ada yang menjawab lukisan kartun. Ada yang menjawab lukisan 2D dan ada juga yang menjawab lukisan 3D.

Hebat juga jawapan mereka ni. Mungkin mereka biasa dengar nama-nama tu atau terlihat di mana-mana.Seperti biasa kita kena hargai setiap jawapan mereka. Setiap kali mereka menjawab dengan betul aku akan cakap bagus sambil mengangkat ibu jari.

Tiba-tiba ada seorang pelajar india masih nak jawab. Pelajar ni memang agak lemah, membaca pun tak lepas."Cikgu ada satu lagi lukisan" Lukisan apa aku tanya ?" "4D Cikgu". Tercengang juga aku. Kalau tengok mukanya memang serius dia jawab ni bukan main-main. Aku tanya dia kat mana dia
tengok lukisan tu. Dengan selamba dia menjawab "Sana pekan ada cikgu, saya punya bapak selalu masuk, dia punya kedai warna kuning".

Aku rasa macam nak pecah perut gelak. Memang
tak tahan rasanya, bagi aku ini la lawak antarabangsa paling kelas sekali. Ada la dua tiga orang budak yang faham dia gelak juga. Ramai juga yang tak de apa-apa respon. Mungkin mereka tak paham.

Aku rasa kome pun tau lukisan 4D tu apa sebenornya. Aku nak gelak lagi sekali hua...hua...hua.., ha ha dan ha ha ha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...