Nuffnang

Pengikut

Selasa, 27 Oktober 2009

Salted Fish a.k.a Ikan Masin

Cerita 20 Top 60

Sudah lama aku tidak mengajar Bahasa Malaysia di kelas pertengahan atau kelas yang pandai. Selalunya aku diamanahkan untuk mengajar di kelas KP atau Intervensi serta kelas yang lemah. Pengetahuan bahasa aku pun dah mula bekarat disebabkan lamanya aku mengajar di kelas-kelas seumpama ini.

Tiada cabaran dalam pengajaran terutamanya daripada aspek tatabahasa menyebabkan agak sukar aku nak mendapatkan skill lama. Kalau dulu sekali imbas apa yang ditulis sama ada dalam majalah atau dalam akhbar aku dah boleh kesan kesalahannya.

Namun semenjak bertukar ke sekolah baru aku diamanahkan juga mengajar Bahasa Malaysia untuk kelas pertengahan. Pada mulanya agak kelam kabut juga sebabnya sebelum ini aku mengajar pelajar yang tidak tahu membaca dan menulis. Kali ini aku akan mengajar aspek tatabahasa dan karangan. Aku terpaksa study semula untuk mendapatkan skill lama yang sudah berkarat.

Aspek penulisan merupakan aspek yang amat aku titik beratkan. Memandangkan kebanyakan pelajar lemah dalam aspek penulisan. Sekiranya mereka tidak menguasai aspek penulisan dengan baik agak sukar untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Umpamanya kertas 2 untuk Bahasa Melayu, kesemua soalan Bahagian A,B,C dan D memerlukan kemahiran menulis yang baik. Maka masa P&P lebih banyak aku tumpukan kepada aspek penulisan. Terutamanya penjanaan idea tentang apa yang hendak di tulis. Biasanya isu yang aku berikan kepada mereka ringan dan tidak membebankan. Untuk menggalakkan mereka menulis aku akan biarkan mereka menulis apa sahaja tanpa mengambil kira kesalahan tatabahasa ,ejaan dan tanda baca.

Sekiranya terlampau rigid mereka akan menjadi takut untuk menulis dan akhirnya malas menulis. Sekiramya daripada dalam diri mereka tidak ada keinginan untuk menulis memang agak susah untuk menggalakkan mereka menulis Semuanya mesti datang daripada dalam diri pelajar tersebut. Selalu aku menasihatkan mereka "kita kena paksa diri kita menulis dan cuba menulis walaupun apa yang ditulis itu pendek".

Selepas itu baharulah aku akan betulkan sedikit demi sedikit gaya penulisan,aspek tatabahasa,ejaan dan tanda baca. Itupun pembetulan yang paling minimum sekali. Semuanya perlu berlaku dalam suasana santai.

Konsep `Personal Coaching` sentiasa aku lakukan. Seorang demi seorang. Memang lambat dan meletihkan tetapi hasilnya pelajar boleh menulis. Kalaupun tidak baik cukuplah mereka mencapai tahap sederhana dalam penulisan mereka

Dalam bab menanda hasil latihan pelajar ini yang kadang-kadang aku akan menemui banyak perkara yang mengelikan hati apabila melihat hasil yang ditulis oleh pelajar. Macam-macam perkara yang ditulis oleh pelajar ini. Salah satunya aku tuliskan di bawah ni. Tajuknya Memancing.


Esok harinya saya dan ayah pergi memancing. Kami memancing laut. seronok betui rasanya. Ikan yang kami dapat ikan sepat, ikan haruan, ikan keli dan ikan masin

Walaupun ikan yang ditulis bukan ikan laut aku rasa tak mengapa lah kerana masih lagi ikan. Maknanya dia faham konsep. Tetapi apabila dia menulis
ikan masin (Salted Fish) aku rasa aku dah tak boleh tahan. Rasa nak pecah perut ketawa. .Aku suruh orang rumah aku baca karangan tersebut, memang menggelikan hatinya. Anak-anak aku baca pun sampai nak terkencing dan berguling-guling mereka ketawa.

2 ulasan:

  1. Inilah namanya mancing ikan kat kedai.. nasib tak tulis ikan sardin bersos tomato hehehe

    BalasPadam
  2. Sadin bersos tomato atau sardin dalam tin. Satu lagi pernah dengor tak orang yang memancing dapat ikan bawal. Aku tak pernah dengor lagi

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...