Nuffnang

Pengikut

Khamis, 15 Oktober 2009

Ayoyo! anjing sudah sini masuk


Sedang menulis karangan kat meja aku tiba-tiba taikor India bertanya kepada taikor melayu "Itu motor warna hijo ke itam cantik?". Bersemangat betul dia menulis karangan hari ini. Nampak betul ke sungguhannya. Yang aku heran boleh baik pulak taikor india ngan taikor melayu hari ini. Rupa-rupanya dia nak menulis ayat. Motor saya warna hijau. Tetapi tak pasti hijau ke hitam cantik.

Masuk je kelas ni taikor melayu memang aku dudukkan dekat dengan aku di meja guru. Kalau tidak memang orang lain tak boleh buat kerja. Ada yang la yang kena sakat. Tiba-tiba taiko India pun datang duduk kat aku juga. Dia ni banyak idea nak tulis tetapi disebabkan mengeja pun masih merangkak-rangkak menyebabkan dia tak dapat menulis idea yang digambarkan. Kadang-kadang aku terpaksa eja satu persatu sampai lengkap satu ayat.

Kejap-kejap dia tanya aku "Cikgu itu eja highway apa macam?". Aku pun ejakan LEBUH RAYA. Sekejap lagi dia tanya "Cikgu itu sportrim apa macam eja?". Yang ni macam mana aku nak terjemahkan dalam bahasa melayu, aku pun eja je la ikut ejaan Inggeris.

Aku pulak naik seronok melihat kesungguhannya. Sesekali dia juga bertanya kepada taikor melayu " itu motor nama apa?" Taikor melayu pun menjawab "Honda la tambi". Selepas itu dia tanya lagi at Taikor melayu " Itu mau cakap race apa macam ?". Taikor melayu dah garu kepala. Aku pun menyampuk "berlumba" Taikor india pun menjawab "Itu lah saya mau tulis tadi, tapi sudah lupa".

Sedang dia khusyuk menulis ada seorang pelajar asli bertanya aku dengan nada yang kuat. "Cikgu macam mana eja anjing". Kali ni taikor India sound budak asli yang bertanya tu. "Mau tanya mari depan la". Hayo tengok itu anjing sudah masuk dalam saya punya karangan. "Banyak susah la ini orang.

Rupa-rupanya kosentrasinya terganggu apabila ada pelajar yang mencelah bertanya tentang ejaan anjing. Sehingga termasuk perkataan anjing dalam tulisannya. Kalau di tengok pada raut wajahnya nampak kesal sungguh sebab perkataan anjing termasuk dalam karangannya.

Selesai menulis, dia menunjukkan karangan tersebut kepada aku. Hampir 150 perkataan dia tulis walaupun tatabahasa dan ejaannya lintang pukang. Tetapi aku tetap ras puas sebab dia mahu menulis. Itu dah menjadi satu kepuasan yang teramat sangat pada aku. Makan lemang pun tak sepuas ini.

Agaknya inilah semangat One Malaysia yang betul-betul sejati dan ikhlas yang ditunjukan oleh anak murid aku yang pelbagai kaum dan pelbagai latarbelakang sosio ekonominya.

2 ulasan:

  1. Jang...kisah ini sangat melucukan aku.. Aku tunjuk pd kengkawan di bilik guru...ngekek ngilai deme membacanya...hilang tension...

    BalasPadam
  2. semoga hilang le sikit stress ngan kisah-kisah macam ni, kelas ni menjadi kegerunan kepada lain-lain cikgu, memang kelas maut kelas ni

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...