"Yong ambik le gula tu, bungkus bawak balik" kata Ijan sepupu aku kepada orang rumah aku semasa kenduri kahwin adik Ijan yang bernama Mas sambil membasuh pinggan di belakang rumah. Orang rumah aku terpinga-pinga. Nak buat apa bawak balik gula. Jarang tuan rumah kenduri suruh bawak balik gula.
Apabila orang rumah aku tanya kepada aku hendak ambik ke gula tu. Serta-merta aku teringat kenangan lama.Teringat aku subjek matter yang sama iaitu gula pernah diperdebatkan dengan sepupu aku ein (Sobirin) masa aku kecik-kecik dulu.
Semasa tengah khusyuk makan tengah hari di rumah emak saudara aku yang aku panggil wah (emak ein) bersuara." e (aku le tu), ambik le gula tu sedap makan dengan nasi". Dalam hati aku apa hal pulak wah ni suruh aku makan nasi dengan gula. Mana sedap makan nasi dengan gula.
Aku pun jawab "gula kan manis wah" sampuk ein "gula pedas" aku balas balik "gula manis" ein jawab semula "gula pedas". Bergaduh-gaduh aku dan ein menegakkan hujah masing-masing. Akhirnya arwah emak aku merungkai permasalahan.
Katanya orang di sekitar bota kanan (Boston), Teluk Sena, Teluk Kepayang dan kawasan sekitarnya menyebut gulai itu sebagai gula. Gula tu disebut seperti sebutan baku.Untuk pengetahuan pembaca blog mana-mana perkataan yang ada ai di belakannya seperti gulai, kedai, pakai, i tersebut akan gugur berdasarkan dialek orang di sini. Maka gulai akan jadi gula, kedai jadi keda dan pakai jadi paka.
Gula yang dimaksudkan oleh wah aku dan ein tu sebenarnya gulai. Betul le rasanya pedas. Tak percaya tanya Azhar yang handsome lagi macho tu atau Kay Janda ataupun Chkidin Lamborghini.
Sebenarnya aku yang tak paham gula yang dimaksudkan wah aku tu adalah gulai. Sama macam yang dialami oleh orang rumah aku. Mujur la orang rumah aku tanya aku dulu tentang Gula tu. Buatnya dia tanya mana gulanya atau pun terus je ambik gula kat rumah tu kan lain jadinya.
Inilah masalah berlainan Dialek. Teringat aku cerita kawan aku tentang orang perak nak mengajuk dialek orang Kelantan. "Mok Cik Pele ni (pelam) sekilo berapo" Selamba makcik tu jawab "Pele dale seluar mu la". Tersengih-sengih Mamat Perok tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan