Tahun 2006 dan 2008 aku pernah mendengar ceramah tentang menangani gejala stress daripada seorang penceramah yang hebat Encik Gulam Muzammil. Memang best ceramahnya. Puas, mantap dan mengesankan. Sepanjang 2 jam dia berceramah terasa sekejap je masa berlalu.
Cikgu-cikgu pun memberikan tumpuan 100% dan masing-,masing khusyuk mendengor. Kalau Cikgu mahu mendengor ceramah tu kira dah ok sangat la tu. Selalunya Cikgu dengan penceramah sama naik je suara.Lagi kuat penceramah berceramah lagi kuat suara cikgu-cikgu di belakang. Aku tengok cikgu-cikgu otai yang selalu menyembang masa orang ceramah pun memberikan tumpuan sepenuhnya.
Antara petua yang diberinya untuk menangani stress ialah dengan menangis. Aku rasa kalau cikgu perempuan ok le menangis. Kalau Cikgu lelaki menangis nanti orang rumah akan kata “buang tebiat ke Bang, tak pernah-pernah menangis, tiba-tiba menangis”, Katanya lagi kalau tak boleh menangis cuba bawak-bawak bercakap dengan haiwan contohnya kucing. Ini lagi satu yang agak sukar juga nak diamalkan. Kalau menangis pun orang rumah dah cakap buang tebiat, kalau bercakap dengan haiwan mungkin orang rumah akan sound “Dah nak mampus ke bang”
Katanya lagi luahkan apa yang terbuku dalam hati dengan penuh perasaan kepada kuching. Selepas itu tengok mata kucing tu dalam-dalam. Kalau matanya terbedik-bedik maknanya dia faham le tu. Jangan cakap dengan beruk, agak susah sikit, maklumlah beruk le katakan susah nak paham cakap orang. Kalau tidak takkan orang cakap bodoh macam beruk atau macam beruk dapat bunga.
Ada satu perkara yang aku risaukan kalau bercakap dengan beruk, takut-takut dia gelakkan kita dan berkata “Kita serupa” . Aku juga selalu mendengar seorang cikgu yang selalu menyumpah seranah anak muridnya dengan kalimat yang pedas dan berapi “stupid like monkey”. Kalau beruk dengor ni tentu dia terasa.
Salah satu tanda stress bagi orang perempuan pula ialah apabila dia banyak bercakap. Dan orang lelaki pulak menjadi pendengarnya yang setia. Side effectnya orang perempuan lebih panjang umur sebab stress dia dah release apabila dia bercakap dan segala masalahnya di transfer kepada orang lelaki.
Orang lelaki yang mendengor semua masalah tu dia simpan je dalam hati dan akhirnya ramailah orang lelaki yang kena sakit jantung. Kalau dah hari-hari dengor Al-kulliyyah si isteri boleh meletup jantung. Katanya lagi statistik mengikut gender di wad gila ramai orang lelaki yang menjadi penghuninya. Mungkin masalah ini juga merupakan side effect yang terkena kepada orang lelaki apabila menjadi pendengar yang setia kepada isterinya.
Katanya lagi antara kelebihan oraang perempuan ialah dia ada 2 jenis hormon yang tiada pada orang lelaki . Fungsinya melindungi orang perempuan daripada sakit jantung. Selagi belum momopaus orang perempuan akan ada hormon tu.
Orang lelaki jangan mintak pulak minta atau cucuk hormon tu. Kalau lelaki ada hormon tu, nanti susah jadinya.Apabila hormon tersebut sudah menyatu dalam darah, kalau dia berjalan alignmentnya akan lari sikit dan kepitnya akan jadi lebih sedikit, suara garau jadi halus, elok-elok keras macam besi terus lembut macam @#$%^ Auwwwww……. Tak sanggup I…..
Antara tanda stress bagi guru pulak boleh dikesan melalui cara dia berjalan hendak masuk ke kelas. Kalau laju je jalannya maknanya kurang lah stressnya tu dan tandanya dia akan masuk ke kelas pandai. Kalau slow dan kurang bermaya serta lemah gemalai atur langkahnya maknanya dia stress sebab nak masuk kelas hujung atau kelas bemasalah.
Ada juga guru yang sengaja masuk lambat di kelas yang hujung ni kadang-kadang langsung tak masuk pun ada. Antara reaksi lain ialah hasil kerja yang tidak produktif dan berkualiti, mudah bosan terhadap kerja dan berlakunya masalah hubungan individu serta banyak MC (Swasta atau kerajaan)-macam perli aku je ni.
Bagi ibu bapa juga masalah stressnya boleh dikesan dengan mudah contohnya apabila anak bawak balik kad kemajuan untuk disain. Kalau keputusan anak tersebut teruk dan yang menyainnya emak, selalunya emak akan cakap" Tak pa la Man belajo lagi ya. Emak akan doakan kejayan Man".
Kalau bapak yang sain lain sikit bunyinya mungkin macam ni "Dah berguni beras kamu muntahkedarah ini keputusan yang kamu dapat. Ini keturunan mak kamu le punya pasal, keputusan periksa teruk macam ni, kalau keturunan belah aku tak de yang macam ni ".
Sebenarnya banyak lagi point-point penting yang menarik yang diutarakannya. Aku cuma ambik yang menarik dan mencuit jiwa. Katanya lagi dalam hidup ni sebenarnya duit bukan ukuran untuk jiwa menjadi tenang. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
Itu sebab orang kaya-kaya dan yang banyak duit terutamanya Dato`-dato` dan Tan Sri-Tan Sri yang dah tua renta yang berkahwin dengan artis pun bercerai salah satu sebabnya Will ada Power tak da pun. Ini pun merupakan punca stress. Isterinya cantik tapi tak boleh buat apa power dah tak da. Tengok je la, karan dah tak de. Bukan kata-kata aku ni tetapi kata-kata penceramah tersebut.
Semoga kita masih dikurniakan will dan power yang kuat dan mantap. Sesiapa yang dah tak de power jumpa la kawan aku Benjo dia ada macam-macam produk power ada. Katanya batang keladi pun boleh jadi batang besi. Ha Ha Ha…….
Stress.. dulu bila strees sgt saya gunakan dengan melukis abstrak.. skrg nie takde mood dah nak melukis.. meluahkan jrg sgt kot.. sebab lg luah lg risau.. so ambil jalan saya suka p jalan-jalan.. kdg2 tuh sekadar lepak di taman sambil ambil gmbr.. dan kdg2 sekadar berjalan santai sekitar bandar.. sebab itu saya suka mengembara.. sebab di situ ada ketenangan dan mampu muhasabah diri.. tapi balik kembara stress balik sobab kojo tak siap2 gik huhuhu ;)
BalasPadamAnjang,
BalasPadamagak agak kalau baca LETERAN sorang guru lelaki cam ni, boleh ter TRANSFER tak stressnya pada pembaca?
he he he..
iina
BalasPadamSetiap orang ada cara menghilangkan stress. Saya dulu pernah stress dengan pengetua, macam-macam kerja bukan-bukan dia suruh buat. hampir 2 minggu tak hadir ke sekolah tanpa sebab. Akhirnya pengetua pulak naik risau dan call suruh datang ke sekolah. Ada saya tulis dalam entry yang lepas di bawah tajuk ramai guru sakit jiwa 23 mac 2009
Ashley
BalasPadamKita kena buat experimen dulu, kalau rasa stress je baca artikel tu maknanya boleh juga le ter transfer.
Agaknya mungkin sebab tu pemceramah suruh kita bercakap dengan haiwan, semoga strees kita tak berjangkit dengan orang dan akan berjangkit dengan haiwan