"Ada sebuah mesaelah, Satu banyak-banyak, Dua sedikit-sikit, tiga jarang-jarang, empat kadang-kadang". Begitulah petikan dialog dalam salah satu adegan cerita Nujum Pak belalang. Memang mencuit hati dan sebenarnya banyak falsafah yang tersirat di belakangnya. Bagi aku idea disebalik adegan ini merupakan idea yang jauh memandang kehadapan. Masih terus releven dengan dunia hari ini.
Ada seorang otai ni memang lama dah aku kenal. Kalau tengok muka dia ni punya la baik punya lah alim. Pijak semut tak mati. Agak lama juga aku kenal dengan dia ni. Namun cerita-cerita peribadinya tak banyak yang aku tau.
Memandangkan dia tinggal di kota kosmopolitan Kuala Lumpur maka agak sukar aku mengetahui kegiatannya. Penglibatannya dalam politik menyebabkan dia sentiasa sibuk dan tak lekat di rumah. Hanya sesekali apabila dia pulang ke kampung maka dapatlah aku berjumpa dengannya. Dia punya sembang memang asyik kita mendengarnya. Patut la ramai perempuan yang cair dengan dia ni.
Cerita tentang dirinya yang pasang 3, aku anggap tohmahan, maklum la kalau di tengok pada gaya, pertuturan dan sikap memang tak de ciri-ciri orang yang pasang tiga. Apatah lagi isteri pertamanya pun boleh tahan kegarangannya. Namun berita itu terus bertiup dan semakin hari semakin kuat.
Aku pun mula menyiasat keadaan tersebut. Nak dijadikan cerita aku berjumpa dengan bekas orang kanannya merangkap mantan driver. Habis semuanya diceritakannya kepada aku kerana mantan driverya marah sangat dekat brother ni. Punca kemarahannya aku tak boleh nak ceritakan biarlah rahsia.
Ada sesuatau yang lebih sensasi yang aku tak tau rupanya. Amat mengejutkan aku dan tak di sangka begitu sekali sikapnya. Kata driver tu "kalau cikgu nak tau sehingga ke hari ini kalau nak ikutkan dia dah hampir 4o kali berkahwin". Mana yang ok disimpannya. Mana yang tak ok diceraikannya. Dalam satu masa dia mesti ada empat orang. Nah ku sangkakan tiga rupanya empat.
Yang terkini baru lagi dia kahwin, muda pulak tu. Tapi dia memang bijak menyimpan rahsia. Cuma isteri pertamanya sahaja yang dikekalkan dulu, kini dan selamanya. Yang lain tu silih berganti. Namun apabila lubang sudah pecah dan diketahui oleh isteri pertama maka........ nanti akun sambung entry yang seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan