Member aku yang sorang ni tinggal di Tanjong Malim tetapi mengajar di sekolah aku di Sungkai. Jauh juga jaraknya berulang setiap hari. Bagi menjimatkan kos maka dia menunggang motor kapcainya dari Tanjong Malim ke Sungkai melalui jalan lama. Seawal pukul 5.oo pagi dah kena bangun. 7.20 mesti dah sampai di sekolah.
Memang agak memenatkan sama ada mental atau fizikal. Apabila bangun pagi perkara pertama yang bermain di fikiran ialah untuk sampai ke sekolah tepat pada masanya. Maka semakin lama otak semakin ligat berfikir dan membayangkan laluan-laluan yang akan dilalui.
Sibuk ke, sesak ke pendek kata seribu macam persoalan bermain di kepala. Mahu tak mahu tugas tetap terpaksa dilaksanakan tak kira sejauh mana tempat tinggal anda daripada sekolah. Tepat masanya kita wajib berada di sekolah. Tambahan pula kalau minggu tu kita menjadi guru bertugas mingguan. Kita kena kena sampai awal daripada guru-guru lain.
Perhimpunan pagi kita kena handle. Yang merungsingkan kalau hari hujan. Terpaksalah memakai baju hujan dan membawa baju spare. Menunggang tak boleh laju. Selalunya sampai di sekolah baju memang lenjun. Terpaksa ambik masa untuk menyalin baju dan sebagainya. Begitulah rutin yang dilalui member aku ni setiap hari.
Selain faktor jalanraya, faktor jentera perlu juga diambil kira. Tayar dan enjin menjadi aspek yang penting bagi melancarkan perjalanan. Buatnya tayar pecah di tengah jalan kita mesti bersiap sedia dengan kontingensi plan. Enjin kena selalu di servis. Paling tidak pun diganti minyak hitam apabila sampai tempohnya. Kalau tidak tersadailah di tengah jalan. Ini akan merencatkan perjalanan kita ke sekolah.
Satu lagi perkara penting yang kita kena alert ialah minyak. Jalan raya ok, jenter ok, kalau kehabisan minyak tengah jalan juga boleh menimbulkan masalah yang besar. Inilah yang berlaku kepada member aku ni. Memandangkan hari tu dia dah terlewat sedikit daripada jadual rutinnya maka segala-galanya perlu pantas.
Berfikir pantas, bergerak pantas dan bercakap pun kadang-kadang pantas. Apabila dah berada di atas motor baru dia perasan minyak motornya tinggal sedikit. Memandangkan stesen minyak di behrang 2020 terletak dalam jalannya menuju ke sekolah maka dia bercadang untuk mengisi minyak disitu.
Sesampai je di stesen minyak tu dia memakir motorya di pam. Dengan tergesa-gesa dia menuju pulak ke kaunter stesen minyak untuk membuat pembayaran. Setelah membayar sebanyak RM8.00 di kembali ke motornya.
Motor dihidupkan dan dia terus memecut laju. Matlamatmanya cuma satu untuk segera sampai ke sekolah. Macam ribut dia menunggang motorsikal. Sesampai di Slim River tiba-tiba motornya menyentap-nyentap kesemputan. Hairan jugak , nak katakan minyak habis, tadi minyak baru diisi.
Akhirnya tersadailah motor tersebut di tepi jalan. Jenuh dia membelek enjin, cuci plak dan macam-macam diusahakan. Namun tak berjaya. Fikir punya fikir baru dia teringat rupanya minyak motor sememangnya belum diisi. Dia hanya membayar harga minyak tersebut. Namun apabila dia berpatah semula untuk mengisi minyak dia dah terlupa.
Dia terus start motor dan memecut laju. Kerana matlamat utama nak tiba di sekolah on time telah melindungi hasratnya untuk mengisi minyak. Akibatnya tersadailah di tepi jalan. Begitulah kalau otak berserabut dan banyak yang difikirkan dalam satu-satu masa. Shushah....shushah....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan