Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 16 Oktober 2009

20 tahun lamanya......


Gambar dia atas adalah antara geng-geng lama aku. Kami pernah tinggal sebumbung, makan sekawah dan mandi sekolah. Itu kenangan yang manis lebih 20 tahun yang lalu. Hari ini semuanya seudah membawa haluan masing-masing.

Namun sesekali berjumpa memang meriah. Macam-macam gelagat dan macam-macam fe`elnya. Ada yang masih slim river macam dulu. Ada juga yang semakin berkembang pesat dan ada juga sesetengahnya allignment dan balancing memang dah lari.

Sedikit-sedikit terkata atau terkutuk memang telah menjadi lumrah. Inilah yang mengikat tali persahabatan antara kami yang jitu. Biasanya perjumpaan ini diadakan dalam suasana yang santai dan bersahaja. Sekiranya terlampau rigid dan skima maka suasana akan menjadi hambar.

Namun awal-awal lagi kami telah mentapkan syarat 1. Tidak boleh sentuh tentang politik 2. Tidak boleh bersembang tentang multilevel 3. Tidak boleh bersembang tentang perniagaan dan yang terakhir sekiranya melibatkan makan dan minum hendaklah dikongsi bersama walaupun berapa jumlahnya walaupun di kalangan kami ada yang memang kukuh kedudukan kewangannya. Kalau setakat nak bayar makan dan minum rasanya tak da hal.

Sekiranya ada yang nak sponsor itu terpulang. Ini bagi memastikan sama rasa, sama rata. Dengan ini setiap perjumpaan akan sentiasa hidup dan tak de yang rasa rendah diri dan takut nak menghadiri perjumpaan seumpama ini.

Sebenarnya kawan-kawan aku ni memang ramai yang dah berjaya. Ada yang dah menjadi jutawan, menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan, menjadi pendidik, bisnesman dan macam-macam lagi.

Cuma satu je harapan aku, semoga semangat persahabatan ini akan terus dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat. Wallah hu alam.......

3 ulasan:

  1. Yob

    1. Kolah lah Yob bukan kolam!

    2. Mcm pernah ku dengar syarat itu? Di mana ye?

    Lukmanw

    BalasPadam
  2. seronok kan dpt jumpe kekawan lame.Bg aku syarat2 yg kite brstuju brsama tu relevan.Dan kpd yg dah brjaya tu tak pyh la nak eksyen dgn kekwn.Dan yg rase x brjaya pun jgn plk trlampau rendah diri.Kome kaye ke,miskin ke,kroje besor ke,menoreh ke,kome tetap kwn2 aku.Aku x heran dgn ape kroje kome skalipun. Walaupun kome berpangkat besor,bergaji jutawan,penjual tin n skerap...tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku huahua

    BalasPadam
  3. Tuan sifu
    1. aku dah betulkan
    2. Pelanduk dua serupa ni, mungkin juga idea sifu ni, aku pun da tak ingat, banyak sangat blog yang aku baca.

    Izam
    Memang ramai kawan-kawan kita yang tak mau turun setiap kali perjumpaan kerana sebab-sebab yang engko sebutkan tu. Ada juga sebab-sebab yang aku tak boleh nak tulis dan dedahkan sebab sensitif sangat.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...