Nuffnang

Pengikut

Ahad, 4 Oktober 2009

Kesiannya melayu........


Malam ni sekali lagi dipaparkan muka-muka kecewa akibat ditipu sebuah syarikat yang menjanjikan bulan dan bintang dalam pelaburan yang berasaskan komoditi ternakan. Dalam entry yang awal dulu aku dah ceritakan bagaimana ramainya orang melayu yang kena tipu dalam skim cepat kaya, syarikat MLM yang main Skim dan syarikat payung yang kononnya mengusahakan industri pertanian.

Aku ulang balik mengapa orang melayu selalu kena tipu. 1. Apabila berniaga dia nak cepat kaya. 2. Apabila berniaga dia nak untung besar 3. Apabila berniaga kalau boleh tak payah buat apa-apa duduk je dapat duit bulan-bulan. Atas kelemahan inilah yang selalu dipergunakan oleh orang yang pandai memanipulasi minda.

Biasa tak anda mendengar orang yang cakap melabur dalam syarikat ni duduk diam-diam dapat duit. Tak payah susah-susah jual produk dapat duit. Kita bukan nak jual produk tapi kita nak jual konsep dan pelbagai janji yang bukan-bukan serta kita dijanjikan dengan perkongsian keuntungan syarikat.

Ataupun syarikat ini dah beroperasi dalam banyak negara lain. Ataupun sayrikat ini bakal melebarkan pengaruhnya ke luar negara. Orang-orang berpengaruh dalam negara juga melabur dalam syarikat ini. Ataupun syarikat ini dinaungi oleh egensi-agensi kerajaan.

Ataupun syarikat ni telah dirasmikan oleh tokoh-tokoh tertentu, selalunya ada gambar perasmian syarikat di gantung di pejabatnya atau pun gambar owner dengan tokoh-tokoh seperti menteri dan sebagainya. Ini semua untuk megaburi mata dan minda agar kita meyakini mereka. Jaga-jaga Cik Salmah.

Sebenarnya apa juga jenis bisnes menuntut komitmen dan usaha yang gigih. Bukannya semudah itu orang nak bagi duit kat kita. Inilah kelemahan orang melayu yang mudah digula-gulakan. Pantang tengok yang datang pada kita tu berkereta besar dan berpenampilan hebat terus kita percaya apa sahaja yang dicakapkan oleh orang tersebut.

Kesiankan bangsaku. Bukan sekali, bukan 2 kali malahan dah banyak dan banyak dan banyak kali kena tipu tapi masih tak serik. Aku pernah lihat pemilik syarikat yang jenis macam ni sebenarnya pusing-pusing orang yang sama.

Umpamanya dulu ada sebuah syarikat menawarkan kad privilege perkhidmatan towing kereta dan lain-lain kemudahan . Kalau tak silap aku keahliannya RM 400.00,. Ramai orang masuk, Dah cukup duit tersebut di kutip syarikat tu di tutup. Selepas 2 ke 3 tahun orang yang sama muncul dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan seakan-akan insuran (aku dah lupa namanya).

Dah cukup kutip duit keahlian dia tutup syarikat tu. 2 ke 3 tahun kemudian dia muncul lagi dengan syarikat berasaskan seaweed atau rumpai laut. Dengar cerita syarikat tu pun dah tutup. Pergi mari orang yang sama.Semasa pelaburan internet tengah hebat rupanya orang yang sma juga mendalanginya.

Tak mustahil pada masa akan datang dia akan letakkan orang melayu sebagai kononnya owner syarikat atau koperasi tententu untut menjalankan perniagaan tertentu yang berasaskan pertanian atau pelaburan ataupun apa sahaja. Tujuannya untuk mengaburi mata orang melayu. Sebab kita akan lebih mudah yakin apabila orang melayu menjadi owner sesuatu syarikat.

Sebab trend hari ini aku perhatikan banyak syarikat atau koperasi orang melayu yang kutip duit untuk menjalankan perniagaan tetentu tetapi akhirnya tutup. Mungkin master mind dibelakangnya orang yang sama juga.

Sebenarnya aku juga didatangi ajen syarikat yang ramai orang melayu kena tipu dalam buletin utama tadi. Tetapi melihatkan ada konsep yang tak berapa jelas dan ada term-term yang meragukan menyebabkan aku menolak dengan cara yang baik. Akhirnya kemusykilan aku memang ternyata berasas apabila melihat ramainya orang melayu yang kena tipu.

Aku ingat pesan Robert T. Kiyosaki dalam 3 buah bukunya yang aku dah baca Rich Dad and poor dad, Guide to investing dan Cashflow Quadrant. Katanya dalam apa jua bisnes pastikan kita buat sendiri tanpa bergantung kepada pihak ketiga. Melalui pengalaman aku sendiripun mana yang aku usahakan sendiri selalunya berjaya kalaupun tidak seratus peratus.

Mana yang ada campurtangan pihak ketiga memang jarang yang berjaya. Apatah lagi kalau ada pihak keempat atau kelima atau yang langsung kita tak kenal maka harapan sebenarnya tipis. Kita hanya menjadi kuda tunggangan mereka. Habis madu sepah dibuang. Akhirnya kumpulan sepah yang untung.

Apabila aku berkata begini bukan bermaksud aku pandai. Tapi aku pun dah banyak terkena, dah berpuluh ribu habis. Dan betapa peritnya nak bangkit, sampai sekarang pun tak berapa boleh bangkit. Yang bangkit hanya kuih bangkit je.

Yang pastinya aku terpaksa menanggung beban hutan dengan bank yang sampai kini pun sukarnya nak dilunaskan. Hanya dengan usaha,istiqomah, doa dan tawakal yang menjadi penawar untuk terus kita menongkah arus.

Tujuan aku menulis ini supaya kome tak kena macam aku. MLM, skim cepat kaya, pelaburan internet, broker projek, datin dan datuk penipu semua aku dah lalui. Dealnya dari hotel 5 bintang sampai pokok ketapang semua aku dah rasa. Orang je belum aku jual lagi.

Namun inilah rencah dan pengalaman yang mendewasakan aku untuk menghadapi masa akan datang. Aku teringat ada satu MLM yang menawarkan insentif kapal terbang dan kapal layar kepada pengedarnya. Keluar je dari dewan seminar aku rasa nak bergolek ketawa ngan kawan aku.



5 ulasan:

  1. adeh cikgu, mcm dah kena kencing je? ade join jugak menatang alah ni?

    BalasPadam
  2. bukan nak cakap ape anjang...tp bukan sume org leh agree dgn ape yg anjang tulis. mereka masih nak tegakkan benang yang basah:(

    apa2pon..takde kejayan tanpa usaha...

    BalasPadam
  3. Begitulah perangai Orang Melayu masa kini...habih duit RM1000 tiap-tiap bulan,...bayar bunga kad kredit tiap-tiap bulan tak merungut pun!!!...nak bayar income tax setahun sekali untuk membantu negara...berbakul-bakul kerajaan kena maki!!!...habih duit kat syarikat yahudi x bising pulak...

    BalasPadam
  4. Azhans :Masa dulu aku mudah percaya cakap orang, bagi aku semua orang baik. Tu yang banyak aku kena. Pengalaman banyak mengajar aku menilai dan menganalisis apa yang diperkatakan satu persatu.
    Sekarang aku tak terus percaya, ambik masa berfikir dan menkaji dahulu.
    Cheryna Pires: Betul tu bukan semua percaya apa ynag kita cakap selagi dia tak kena. Kawan sendiri pun tak percaya sampailah dia terkena, baru dia akan kata "Betul apa engko cakap". Aku banyak dah jumpa orang yang menyesal macam ni. Kadang-kadang niat kita baik nak menyelamatkan kawan tapi di salah erti. Sekarang aku lebih suka berdiam. Bukan duit aku yang rugi.
    Orang Jelai : Betul tu aku setuju pendapat engko.

    BalasPadam
  5. betul tu... anjang la member bg semua rakyat... kalo aku dpt penipu ni semua, memang kepala nye aku potong n gantung kat tiang elektrik...

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...