Tinggal di asrama merupakan memori yang sangat indah. Kenangan yang memang tak dapat dilupakan. Ada pelbagai nostalgia yang tersurat dan tersirat yang akan sentiasa di kenang selagi hayat di kandung badan.
Bergaduh, bermasam muka, kata mengata, kutuk mengutuk dan dajal mendajal sesama sendiri memang sudah menjadi kebiasaan. Apabila dikenang inilah memori yang sangat indah yang tidak terbanding nilai harganya.
Maggi antara makanan ruji yang menjadi khazanah yang sangat berharga. Kerana Maggi ada yang bergaduh, kerana maggi ada yang bermasam muka dan kerana maggi juga menjadikan manusia lebih kreatif. Tak percaya kome baca seterusnya.
Oleh kerana tak mahu berkongsi dengan rakan-rakan ada di kalangan kami yang sanggup makan maggi dalam tandas. Kome bayangkan dengan bau yang meloyakan ada yang sanggup bertenggek makan maggi didalamnya.
Ada juga yang makan maggi dalam cebuk. Nak cari bekas nak masak maggi memang susah. Maka pilihan yang ada timba dan cebuk. Maka cebuk menjadi pilihan walaupun cebuk atau gayung tu dah bertukar warna ada yang masih sanggup menggunakannya.
Ada juga yang sebelum makan maggi dia akan ludah dalam maggi. Apabila ada member yang minta sikit dia akan cakap "Kome nak ambik la, tapi tadi aku dah ludah, tuih....tuih" Sambil menambah lagi perisa ludahnya.
Ada juga yang menjadi penggemar kuah maggi "Aku bukan minta isi, aku nak kuah je, kuah... kuah je" Rayu salah seorang member aku. Ada juga yang jadi saudagar maggi kerjanya menjual maggi dengan harga yang berlipat kali ganda. Namun tetap laris, maklumlah nak beli di kedai, kami hanya dibenarkan keluar seminggu sekali sahaja ke pekan.
Dapat makan maggi.... Wah nikmatnya. Nalerke dan betul-betul holiyau. Aku juga tidak terlepas mempunyai memori indah tentang maggi ni. Aku memang tak de heater untuk masak maggi. Sebelum pergi sekolah aku akan rendam dalam air sejuk. Kemudian maggi tersebut diletakkan di bawah katil.
Habis je waktu sekolah maggi tu akan kembang sebesor katil (istilah yang selalu aku gunakan untuk maggi yang dah terlampau kembang).Setelah maggi kembang perisa di tabur ke atasnya. Nikmatnya rasa makan maggi sejuk ni. Kalau kome tak percaya cuba@try@test@pandu........

masa di asrama dulu....asal saya rendam megi, mesti ada seorang kawan berkata begini;
BalasPadam"Nak rasa kuah sikit boleh?"
.....dan, akhirnya dia bukan sekadar merasa kuah.....
Rasa nak kasi dia telan mangkuk megi tu...he..he..
Saya di asrama Sekolah Taayah kat Ipoh!
Memang kelako cerita tu, Sebab aku boleh bayangkan macam mana mukanya semasa mengharapkan kuah maggi tu
BalasPadam"Aku bukan minta isi, aku nak kuah je, kuah... kuah je" Ayat power, boleh jadi serba salah dibuatnye. Rasa2nye ayat2 mcm ni masih popular wlupun zaman sekolah dah lame berakhir.
BalasPadam