Cerita 26 Top 60
Bersalaman merupakan rutin biasa di rumah orang kenduri kahwin. Jumpa je orang mesti kita salam . Apatah lagi yang kita kenal.Termasuklah bersalam dengan emak sedara aku yang sorang ini. Kalau tadinya semua tangan-tangan yang aku salam rasanya biasa dan ada juga halus. Tetapi tangan emak saudara aku ini luar biasa kasarnya.
Macam ada duri tumpul yang menyucuk tangan. Kasar betul telapak tangannya. Ada satu perasaan yang tak dapat aku nak jelaskan selepas aku bersalaman dengan dia.Sedih bercampur antara hiba dan simpati. Ada sesuatu yang bermain difikiran.
Dengan tangan kasar itulah dia bersama suaminya bekerja berhempas pulas siang malam membesarkan anaknya yang ramai. Macam-macam kerja yang dilakukan bagi mengisi perut anak-anak yang sentiasa lapar dan belum mengerti erti kesusahan. Malahan sampai ke hari ini pun hidupnya masih dibelenggu seribu kepayahan dan penderitaan.
Tiada erti kesenangan dalam kamus hidupnya. Kalau tak kerana ramainya orang di rumah kenduri hari itu nescaya aku telah menumpahkan air mata jantan aku. Kerana kuatnya bekerja, kerana kuatnya membanting tulang dan kerana kuatnya mencari rezeki untuk mengisi perut anak-anak dia rela tangan yang asalnya halus dan mulus menjadi kasar seumpama kerikil dan duri tumpul.
Kasar tangannya adalah menifestasi betapa kuatnya azam dan semangat untuk mengenyangkan anak-anak. Kalau pun tidak didunia ini dia senang aku mendoakan di akhiratlah untuk dia menuai semua hasil semaian di dunia atas usaha dan kebaikannya membesarkan anak-anak.. Allah hu Akbar
Sedihnyer..
BalasPadamini kisah benar emak sedara aku, memang kesian aku tengok kehidupannya.
BalasPadamrealiti hidup...kita sebagai penonton.
BalasPadamBerlakon di atas pentas dunia...ada bermacam-macam kualiti lakunan... ada yang baik ada juga yang ke laut..
BalasPadam