Nuffnang

Pengikut

Khamis, 5 November 2009

Muhammad di dalam kitab agama Hindu ( Bahagian 2)

Kalki Avatar (Utusan Akhir Zaman)

Menurut Dr. Ved Prakash perkataan Avatar merupakan perkataan sanskrit yang bermaksud seseorang yang bakal datang ke dunia. Perkataan Avatar juga merujuk kepada maksud Nabi. Kalki pulak bermaksud utusan yang terakhir ke dunia. Apabila dicantumkan Kalki Avatar ia membawa maksud utusan yang terakhir di dunia ataupun nabi akhir zaman.

Antara sifat Kalki Avatar yang disebutkan dalam Purana ialah:

1. Wahai tuhan dengan bantuan empat saudara aku akan hancurkan syaitan (Kalki Purana 2:5)

Empat saudara tersebut merujuk kepada empat sahabat yang menjadi khalifah selepas keawafatan nabi iaitu Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali.

2. Dia akan dilahirkan pada dua belas haribulan Madhav. (Kalki Purana 2:25)

Tarikh lahir Kalki Avatar 12 Madhav dan tarikh lahir Nabi Muhammad 12 Rabiaulawal. Adakah ini suatu kebetulan?

3. Dia akan di lahirkan di Bandar Shambal. (Bhagabat Purana 12:2:18)

Didalam buku Vachaspattam Shambal merupakan kawasan yang mempunyai 60 patung berhala. Shambal juga membawa maksud tempat yang mendatangkan keamanan dan ketenangan. Tempat yang menarik perhatian orang datang dan tempat yang berhampira dengan air.

Semua fakta tentang Shambal selari dengan fakta tentang Mekah dan menepati maksud ayat surah al-Baqarah ayat 125 yang bermaksud " Kami jadikan rumah itu yakni Kaabah tempat berkumpul bagi manusia dan satu tempat yang aman"

Pada zaman Jahiliyyah sememangnya Mekah Kaabah dikelilingi dengan pelbagai jenis berhala seperti Latta dan Uzza. Manakala apabila syariat haji bermula di Mekah sehingga ke hari ini Mekah tidak putus-putus dikunujungi manusia.

Penemuan telaga zam-zam menjadikan Mekah tidak pernah kering dengan sumber air. Maka tidak syak lagi Shambal dan Mekah adalah tempat yang sama. Manan mungkin semua fakta itu hanya kebetulan.

Kalau hanya satu fakta yang sama mungkin boleh dikatakan kebetulan. Tetapi kesemua fakta yang terdapat tentang Shambal dalam kitab Purana sama dengan ciri-ciri yang ada pada Kota Mekah.

3. Bapanya bernama Vishnu-Yash. (Bhagabat Purana 12:2:18)

Vishnu Yash dalam bahasa Sanskrit bermaksud penyembah tuhan atu hamba tuhan. Ini selari dengan nama bapa Nabi,Abdullah yang bermaksud "Hamba kepada tuhan.

4. Ibunya bernama Sumati (Kalki Purana 2:4 dan 2:11)

Sumati dalam bahasa Sanskrit bermaksud yang bertimbang rasa lagi baik.Ini juga selari dengan nama ibu Nabi Aminah dalam Bahasa Arab yang bermaksud baik hati.

Bersambung lagi esok.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...