Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 13 November 2009

Aku tidak bermaksud begitu.... percayalah


Cerita 34 Top 60
Kadang-kadang apa yang aku cakap itu ikhlas. Tetapi disalah erti oleh orang yang mendengarnya. Banyak kali juga aku menghadapi situasi ini. Namun aku pasrah sebab niat aku bukan nak menyinggung mana-mana pihak.

Namun bagi orang yang mendengarnya mungkin memahaminya dengan pemahaman yang lain.Umpamanya tentang satu peristiwa ini berlaku selepas aku mendaftar kursus KPLI di IPSI sekitar tahun 1996. Aku pun terus menuju ke asrama. Namun setelah puas aku mencari asrama tersebut masih tidak menemuinya.

Aku pun bertanya kepada 3 orang pakcik (tukang kebun) yang sedang lepak-lepak dekat depan satu bangunan lama. Aku pun bertanya tentang lokasi asrama tersebut .Bunyi nya macam ni "Pak Cik kat mana asrama (namanya aku dah lupa)" Tanya aku. Mulanya nada jawapannya ok "Katanya kat depan tu je" jawabnya.

Aku pun sambung lagi "Kat bangunan yang buruk tu ke?". Tujuan aku bukan nak mengutuk tentang bangunan tu. Cuma aku nak confirmkan. Memang tidak terniat dihati untuk mengata apatah lagi mengeji. Pakcik tu jawab "ya".Nadanya dah agak berlainan sikit.

Setelah empat lima langkah aku berjalan aku pun terdengar pakcik tu cakap "Jalan elok-elok ya, nanti runtuh pulak atapnya" kata pakcik tu. Aku terkejut namun aku teruskan perjalanan. Aku paham sebenarnya dia nak perli aku sebab aku tanya tadi "Kat bangunan buruk tu ke?".

Satu lagi peristiwa ketika aku sedang mengedarkan surat sebuah pertubuhan NGO. Aku nak menghnatar surat jemputan ke rumah seorang ketua kampong.Jenuh juga aku mencari rumah ketua kampung tersebut. Terpusing-pusing, terpusing-pusing tak jumpa juga. Akhirnya aku berhenti di depan kedai runcit untuk bertanya tentang rumah ketua kampung tu.

Aku pun bertanya "Bang kat mana rumah Yusuf Jamik?" Tanya aku. Dia kata "kat depan tu je".jawab brother tu. Untuk aku lebih yakin aku pun bertanya kembali "Yang ada hutan sikit tu ke?"Tambah aku. Abang tu menjawab " Ha ah" Dengan nada sinis. Berberapa tapak aku melangkah aku dengar abang tu cakap "Hati-hati ya nanti terokam ngan rimo (harimau)" Jeritnya. Sekali lagi aku tau maksudnya bahawa sebenarnya dia perli aku sebab tadi aku cakap "Yang ada hutan sikit tu ke?"

Sesungguhnya memang bukan niat aku untuk mengutuk atau mengata. Cuma aku nak pastikan lokasi tersebut. Aku takut tersalah romah. Dengan dua peristiwa itu aku belajo sesuatu yang sangat berharga. Sebelum bercakap kena berfikir dahulu dan perlu bijak menyusun kata-kata agar tidak menyinggung perasaan orang yang mendengarnya. Entah lah........

2 ulasan:

  1. Selalu juga hadapi situasi ni.....



    Dah tua-tua nikan.....makin sensitif orang....

    BalasPadam
  2. mungkin suatu masa nanti giliran kita pula untuk berasa sensitif begitu

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...