Tinggal di asrama merupakan memori indah yang tak bisa dihapuskan daripada kamus memori. Semakin lama kenangan tersebut menjadi semakin indah. Setiap kali terkenangkan memori tersebut boleh membuatkan kita ketawa dan senyum sorang-sorang.
Satu persatu wajah rakan-rakan menerpa di kotak fikiran. Silih berganti sambil melatari peristiwa-peristiwa yang pernah dilalui bersama. Saat itu terus mencenkam jiwa dan terpahat dalam lipatan sejarah kehidupan peribadi sehingga ke akhir hayat.
Antara memori indah yang aku tak boleh lupakan ialah pada suatu malam minggu sedang aku duduk di balkoni asrama menyaksikan pemandangan indah dan ditiup angin hembusan malam yang mendamaikan. Tiba-tiba pemandangan aku terarah kepada suatu objek putih yang berterbangan.
Samar-samar di bawah cahaya lampu jalan aku melihat ada objek putih berterbangan. Mula-mula satu, selepas tu aku ternampak dua lagi objek objek putih yang berterbangan beriringan. Seolah-olah sedang menari-nari.
Dada aku berdebar-debar. Apakah benar pandangan aku itu benar atau sekadar khayalan. Semakin lama aku dapati kain putih tersebut seolah-olah menari-nari dengan semakin rancak. Mula-mula dalam fikiran aku objek tersebut ialah pontianak harum sundal malam.
Bagi memastikan apakah objek tersebut aku mengajak seorang rakan untuk menyiasat perkara tersebut dalam keadaan takut-takut berani. Semakin aku hampir, semakin jelas aku dengar bunyi dum dum ceh, dum dum ceh diikuti dengan bunyi gelak dan ketawa.
Melihatkan keadaan tersebut aku semakin berani mendekati objek putih tersebut. Kome agak apa bendanya ya?. Aku pun mula-mula tak percaya jugak. Rupa-rupanya sebahagian junior aku sedang memenuhi malam-malam minggu dengan aktiviti yang aku sendiri tak dapat nak mengistilahkan sama ada berfaedah atau membuang masa.
Syok juga aku layan aksi deme ni. Agak-gak kome boleh teka tak apa yang mereka sedang lakukan ?. Sebenornya mereka sedang menggayakan tarian singa menggunakan cadar putih. Seorang memegang hujung cadar di bahagian belakang yang diletakkan di atas kepala .
Seorang lagi memegang hujung cadar dibahagian depan juga diletakkan di atas kepala. Kesemuanya ada 3 pasangan yang menggayakan tarian singa mengikut irama gendang daripada timba dan tong yang diubahsuai.
Memang happening betul la. Sampai ke situ pulak imaginasinya. Namun bagi aku mereka ni betul-betul kreatif. Bergemalah bunyi dum dum ceh, dum-dum ceh memecah kesunyian malam. Macam real je. Yang di belakang duduk yang di depan berdiri. Kemudian yang di depan duduk yang di belakang pulak berdiri. Begitulah seterusnya mereka menggayakan tarian singa mengikut irama tersebut.
Bayangkanlah aktiviti tersebut dilakukan pada pukul 12.30 malam. Habis tarian singa biasanya badan akan berpeluh-peluh dan tekak rasa dahaga. Apalagi pokok kelapa di sekeliling sekioah akan menjadi mangsa.
Ada juga yang mengambil kesempatan memanjat pagar untuk ke pekan berhampiran. Kadang-kadang aku pun mengambil kesempatan memesan nasi goreng kepada mereka yang keluar ke pekan. Aku akan sambung cerita ini dalam entry seterusnya.

Anjang..Kalau pokok kelapa di SIS tu, batch kami yang tanam dulu (batch 6670)....dari depan pintu masuk kiri jalan sampai belakang asrama Rumah Perang (A).
BalasPadam.Lepas SRP 68 ..dah tak ada kelas...Guru Besar suruh kami tanam anak kelapa...Tiap kali dlm perjalanan melalui Sekolah tu..terpandang pokok kelapa teringat memori lama...Tapi rasanya dah kena tebang pokok kelapa tu... Sedap sedap komer minum yer ?
Terima kasih le Pak uda. memang sedap ayornya. Sampai tak berbuah kelapa tu batch aku kerojakan.
BalasPadamBelum batch yang lain lagi tu. Kalau boleh menjerit dah lama pokok tu menjerit.Aktiviti minum ayor nyor ni memang syok
Pak Uda:
BalasPadamterima kasih pada batch pak uda..sebab tananm pokok tu...terkenang la..kekdah nak minum ayor....hentak ja ke tebing longkang!...merecik ayor...pas pas dgn geng....
bab memanjat, ada kawan pakar..hahahaha
betul-betul din, nikmat yang terhingga bak kata iklan guiness stout undelege nalade nai cop
BalasPadam