Nuffnang

Pengikut

Rabu, 25 November 2009

Power Rangers mencari buku


Seharian bersama anak-anak pada musim cuti sekolah kadang-kadang memeningkan kepala. Rumah hiruk pikuk dengan bunyi anak-anak bermain bermacam-macam permainan dan bercampur baur dengan bunyi tangisan anak aku yang nombor tiga. Anak aku yang nombir tiga memang pantang diusik mulalah menangis.

Namun daripanyalah aku mendapat banyak idea untuk menulis blog. Kepelbagaian kosa kata ciptaaannya serta gelagatnya yang selamba memang mencuitkan hati aku sekeluarga. Seperti cuti-cuti yang lepas, dapur sentiasa berasap.

Sepanjang masa mereka ini lapar. Sesekali aku juga mencungkil semula skill lama memasak makanan kegemaran mereka anataranya nasi goreng kicap, nasi goreng tomato dan mee goreng basah. Memandangkan gaji bulan lepas di bayar awal , maka menunggu gaji bulan ini merupakan satu penderitaan.

Dapat sahaja gaji aku mengajak anak-anak aku ke Ipoh untuk menyelesaikan beberapa tugas yang tertangguh di samping meronda di Jaya Juco, Tesco dan Greentown Mall. Semasa berada di pintu masuk Jaya Jusco kami sekaluarga bertembung dengan Zizan dan Nabil. Sempat juga aku berbual dengan Zizan yang ternyata sama sahaja gelagatnya di dalam dan luar TV.

Sempat juga anak-anak aku bergambar dengan Zizan dan Nabil. Namun tak sempat aku uploadkan di entry ini kerana aku mengambil gambar mereka menggunakan camera handphone. Reader Card pula hilang entah ke mana.

Sebelum itu, dalam perjalanan pulang ke Ipoh anak-anak aku bukan main rancak bersembang sesama mereka. Antara dialog yang melucukan aku ialah " Abang, Power Rangers ni penyelamat dunia ke?". Tanya anak aku nombor empat kepada abangnya. "Power Rangers lah penyelamat dunia". Kata anak aku yang nombor 2.

Tiba-tiba anak aku yang nombor 3 menyampuk "Una tak percaya Power Rangers penyelamat dunia". Anak aku yang nombor empat bertanya "Pasal tak percaya"."Hari itu masa una cari buku sekolah yang hilang , Una minta power rangers datang tolong cari, dia tak datang pun".

"Memang dia tak tolong sebab dia cuma lawan raksaksa je" Kata anak aku yang nombor empat. Aku berfikir sendirian sampai begitu pengaruh power rangers dalam hidup mereka. Aku cuma tersenyum sedndirian mendengarkan perbualan sesama mereka.

Kalaulah power rangers boleh mencari buku yang hilang ok jugak ya. boleh aku gunakannya untuk mencari buku-buku teks dan buku latihan anak murid yang selalu hilang.........

4 ulasan:

  1. nak cari buku hilang kena suruh keluangman atau cicakman...

    smile..

    BalasPadam
  2. power rangers sudah DATANG!!!

    "Ya! Siapa yg cari saya?? Hohoho.. Mahu carikan buku teks?? Boleh.. Boleh..." kata power rangers

    .
    .
    .

    .
    .
    .

    "tapi, satu buku teks yg jumpa, upahnya RM40... hahahaha... zmn skrg mana ada free beb... "

    :P
    :P
    :P

    amacam??

    BalasPadam
  3. kalau power rangers boleh masak nasi goreng kicap, nasi goreng tomato ..ok gak kan...

    BalasPadam
  4. ashley
    mungkin juga boleh gunakan wonderpet

    ku tak sempurna
    Mahal sangat tu kasi lah harga runtuh sikit

    ibusinga
    musim-musim raya mungkin boleh mintak tolong bakor lemang atau rebus ketupat

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...