Nuffnang

Pengikut

Selasa, 17 November 2009

Selamat Pengantin Baru Halimah dan Aziz

Apabila memperkatakan tentang kenduri kahwin sudah pasti kita akan membayangkan pengantin, pelamin, lauk-pauk dan suasana yang meriah disebabkan ramainya jiran tetangga, saudara mara dan orang-orang kampung yang datang bagi memeriahkan majlis tersebut.

Begitulah suasana meriah yang menyelebungi walimatulurus anak saudara aku dan orang rumah yang diadakan di rumah bapa mertua aku di Kampong Jelai Batu Kurau. Memandangkan anak saudara aku ni di bela oleh ayah mertua dan emak mertua aku sejak daripada kecil sehinggalah ke besar maka sewajarnyalah kenduri tersebut diadakan di sini.

Apa yang merisaukan, pada pagi sebelum kenduri kira-kira pukul 3.00 pagi air daripada sungai kecil naik sedikit membanjiri kawasan halaman rumah. Sekiranya air tersebut terus naik seperti pada hari raya yang lepas maka kawasan dalam rumah akan turut dinaiki air. Ini akan menyukarkan kerja-kerja kenduri dan kendara keesokan harinya.

Namun selepas itu air semakin surut dan terus surut. Sebagaimana tradisi lalu walaupun walimatulurus ini menggunakan khidmat catering namun yang agak uniknya catering ini tidak menggunakan konsep Buffet sebaliknya mengekalkan cara lama berhidang.

Memang bapa mertua aku tak mahu cara buffet. Aku pun bersetuju dengan cara ini sebagaimana yang aku tulis dalam entry terdahulu. Memang banyak kelemahan Buffet ini. Cara buffet memang mudah tetapi kurang daripada rasa hubungan kemanusiaan.

Buffet menyebabkan tetamu tidak rasa dihargai, rasa terbiar dan rasa terabai serta tak terasa sentuhan peribadi tuan rumah. Berhidang menjadikan tetamu rasa dihargai, rasa dilayan dan rasa diraikan.

Semasa kenduri tersebut sempat juga berjumpa rakan blogger Cikgoodeen Camtu Camni yang masih maintain allignment dan balancingnya. Lama juga aku bersembang dengan Cikgoodeen ni. Daripada kisah-kisah lama sehinggalah isu-isu setempat.

Cuma aku agak terkilan tak dapat join dia jamming gendang dan serunai pada sebelah malamnya memandangkan anak aku tak berapa sihat. Nanti lah Cikgoodeen, aku akan cari masa cuti panjang nanti.

Untuk pengantin baru Halimah dan Aziz terimalah lagu selamat pengantin baru daripada Pak Tam dan Mak Tam (Pengantin lama):-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...