Nuffnang

Pengikut

Selasa, 3 November 2009

Kassim Selamat dan The Swallows



Ayah aku merupakan peminat irama 60-an. Semenjak aku kecil sampai le ke besor minatnya terhadpap 60-an tak pernah pudar. Cakap la lagu apa semuanya dia tahu. Secara tak langsung aku pun terpengaruh juga dengan lagu-lagu zaman pop yeh yeh.
Walaupun aku membesar dalam zaman rock kapak namun irama 60-an tetap juga mempengaruhi aku.

Elemen muziknya yang serba ringkas dan liriknya di tulis dengan mudah serta iramanya yang catchy dan bersahaja menjadikan irama ini terus dimintai sehingga ke zaman ini.
Iramanya boleh diubahsuai dengan apa sahaja jenis elemen muzik terutamanya Rock. XPDC dan kristal antara 2 buah kumpulan yang merakam semula lagu 60-an dalam genre rock.

Antara penyanyi yang aku minati daripada zaman ini ialah Kassim selamat dengan lagunya di
La O be, Angkok-angkok bilis dan Nga Lompak agogo. Kassim selamat dilahirkan pada 9 ogos 1934 di Sembawang Singapura dan merupakan teman rapat kepada penyanyi Allahyarham Aziz M. Osman. Sekarang ini beliau berumur 75 tahun.

Kebanyakan lagunya dinyanyikan dalam bahasa Bawean. Pada mulanya Kassim Selamat mengangotai kumpulan Pemuda Ria Party. Selepas Ahmad Daud keluar daripada kumpulan The Swallow Kassim Selamat menggantikan tempatnya.

Pada mulanya kumpula The Swallows tidapkmendapat sambutan dalam arena hiburan sehinggalah mereka merakamkan lagu Bawean La O Be.
La O be menjadi fenomena apabila pernah di senarai dalam carta hits di Jerman.

Mereka juga pernah diundang ke Jerman untuk membuat persembahan selama 3 bulan. Namun hasrat tersebut terbantut kerana kekangan makanan halal dan masalah keluarga.
Aku memang suka sangat ngan lagu La O Be dab Nga Lompak Agogo. Apa macam abang Mat Khalid, aku tau mike pun suke lagu ni.

6 ulasan:

  1. Ingat Pak Uda seorang kawan sekolah @ rakan sekelas masa di Ipoh...Namanya ??..Anjang kenal dia nih..La ni .peguam di Ipoh...kami gelor dia LA a obe...La ni tak panggil dah nama tu...respect kawan...Jumpa kirim salam

    BalasPadam
  2. Kene bebeno, rambutnya pun macam beatles, itu bawean sejati, kata Raja Jaafar kuda pun dia ada

    BalasPadam
  3. Tak salah Pak Uda ayahnya dulu terlibat dengan stable kuda ...Kuda dengan boyan memang sinonim....Elok lah tu...kalau mampu..bukan senang nak jaga kuda...Lagipun sukan berkuda kegemaran Rasullulah..SAW..

    BalasPadam
  4. Betul tu Pak Uda, Kuda dan boyan memang tak boleh dipisahkan. Cerita ayahnya tu tak tau pulak aku.

    BalasPadam
  5. Blog tentang Kassim Slamat & The Swallows. Informasi resmi.
    http://kassimslamattheswallows.blogspot.com/

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...