Hari ini sorang lagi jiran aku meninggal dunia. Namanya Rahman bin Awang dan panggilan mesranya Wak Rahman. Berketurunan Banjar Sg. Manik(Kulaan). Masa kecik-kecik dulu aku cukup suka bermain di halaman rumahnya. Aku memang agak rapat dengan anak-anaknya.
Aku ingat lagi di belakang rumahnya ada pokok jambu susu yang besar dan tinggi pokoknya. disinilah aku dan kawan-kawan suka memanjatnya. Pokok jambu susu ni dilingkari pokok Markisa . Pantang buahnya masak (warna kuning) ada la yang akan memanjat pokok untuk memetik buahnya.
Ditepi rumahnya pula ada kolam kecil yang banyak ikan puyu di dalamnya. Di halam rumahnya menjadi tempat aku dan kawan-kawan bermain bolesepak. Walaupun permukaan halamannya banyak batu tapi itu tak menghalang aku dan kawan-kawan bermain bola setiap petang.
Pernah sekali tu sampai tobek kaki aku jatuh dan terkena batu yang besar dan tajam. Baik je luka main balik, macam tak de apa-apa. Kehebatan Wak Rahman ialah dia merupakan pemegang rekod yang sehingga kini tidak mampu dipecahkan oleh sesiapa.
Pernah tercatat di Hospital Tapah Wak Rahman ni orang yang paling ramai anak iaitu 18 orang hanya dari satu ibu. Setakat ni rekod tu masih bertahan , tak tau la aku siapa yang bakal memecahkannya.
Masa aku kecik-kecik dulu juga memang selalu kedengaran yang isterinya kejap-kejap dah beranak. Memang power betul. Namun itu semuanya dah jadi kenangan apabila hari ini dia meninggal dalam kedaan yang meninggalkan ramai waris.
Wak Rahman ni ada kabolehan tersendiri antaranya dia pandai membekam orang. Dulu aku selalu tengok dia membekam kepala orang yang minta dibekamkan. Alatannya simple sahaja, botol, pisau cukur dan kertas surat khabar yang menjadi bahan bakar.
Bahagian kepala yang hendak di bekam di cukur berbentuk empat segi sehungga habis semua rambut di bahagian tersebut (Biasanya di bahagian belakang kepala). Setelah itu bahagian kepala di toreh sedikit, kemudian kertas dinyalakan dan dimasukkan ke dalam botol.
Botol tersebut dilekatkan di kepala yang telah di toreh tadi. Botol tu akan melekat di kepala sehingga habis menghisap darah kotor. Kadang-kadang ngeri juga aku menyaksikannya.
Satu lagi kepakaran dia ialah mencari barang yang hilang. Macam Los and Faun la. Pernah sekali aku menghilangkan kunci motor ayah aku. Jenuh cari tak jumpa dan berbakul-bakul aku kena marah.
Akhirnya arwah emak aku berjumpa Wak Rahman. Katanya jangan risau senja nanti jumpa la atas tong. Tepat seperti katanya waktu senja tu arwah emak aku pun jumpalah kunci tu di atas tong minyak. Hebat memang hebat.
Walaupun ramai anak namun aku tak pernah dengar anaknya tak makan. Semunya beres. Ini menunjukkan dia bijak mengatur ekonomi rumah tangga walaupun orangnya kecil sahaja. Apa pun sama-sama lah kita membacakan al-fatihah untuknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan