Nuffnang

Pengikut

Isnin, 17 Ogos 2009

Laksa vs Masak tempoyak ikan patin






Semalam aku ke rumah bapa saudara aku di Sauk kerana ada urusan peribadi. Kami sekeluarga bertolak pada pukul 10 pagi. Dalam kepala memang dah plan nak minum di hentian Sg. Perak. Terbayang-bayang kesedapan laksa dan masak tempoyak ikan patin.

Setibanya dihentian Sg. Perak dekorasi merdeka menghiasi hentian tersebut. Di sana-sini tergantung bendera malaysia yang melatari ruang-ruang gajah menyusur. Dari jauh aku meninjau-ninjau kedai yang menjual laksa. Malangnya kedai yang menjual laksa tutup.

Aku beralih ke kedai yang aku selalu singgah untuk makan masak tempoyak ikan patin. Tak sampai juga hajat aku apabila gulai masak tempoyak belum di masak lagi. Akhirnya aku hanya meratah ikan bakar yang di cicah dengan air asam.

Uniknya Hentian Sungai Perak ini kerana ada tangga Eskalator. Aku rasa tak de hentian lain ada tangga eskalator ni. Ini memudahkan pergerakan pengunjung yang singgah disini ke tempat makan. Apapun kunjungan kali ini tidak memihak kepada aku. Lain kali aku harapkan dapat menikmati laksa kegemaran aku disini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...