Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 22 Ogos 2009

Char Kuer Teow Gerai lori belakang The Store Kamunting Taiping



Sedang aku mengupdatekan gambar-gambar yang aku dah snap terjumpa gambar Cha Kuew Teow ni. Aku mula fikir bila masa pulak aku ambik gambar ni. Fikir punya fikir baru aku teringat aku pernah singgah kat gerai lori belakang The Store supermarket kemunting.

Hajat di hati nak makan mee banjir udang di Matang. Tapi masa itu Taiping tengah hot isu perselisihan kaum. Rasa takut pulak aku nak ke Matang memandangkan waktu dah masuk pukul 9.00 malam. Kebetulan pulak masa tu aku tengah fotostat bahan mesyuarat di Kemunting.

Taukeh kedai fotostat tu bagi tau akau fotostat bahan mesyuarat aku hanya siap pukul 11.30 malam. Lamanya nak tunggu. Selepas habis merayau di The Store Kemunting aku ternampak gerai lori di belakang The Store kemunting yang ada jual Mee Udang dan Char Kuew Teow.

Apalagi aku dan family terus je menuju ke situ tambahan pula perut dah lapar. Pada mulanya aku rasa mesti tak berapa sedap masakannya, memandangkan tak berapa ramai pelanggannya. Namun andaian aku silap. Rupa-rupanya memang sedap. Mee udang pun best dan Cha Kuew Teow pun terangkat beb.

Anak aku sampai tambah 2 kali. Habis licin,calat dan laknat (opss laknat pulak) Cha Kuew Teow dan Mee Udang. Aku bagi double Thumbs Up. Kalau tak caya boleh cuba. Udangnya pun Nalar besornya. Memang Ho liyau lah......

2 ulasan:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...