Selepas mengadakan latihan untuk persembahan sempena persaraan Kak An. Aku terpaksa menghantar seorang anak murid aku ke rumahnya di Felda Ressidence yang terletak berhampiran Taman Rekreasi Air Panas atau lebih di kenali dengan nama Hot Springs.
Memandangkan waktu tu dah lewat petang maka perut pun dah berkeroncong. Dalam kepala aku nak cari laksa. Kata anak murid aku berhampiran hot Spring ada satu gerai yang menjual laksa yang sedap. Apalagi aku terus meluncur ke sana.
Kedai tersebut bernama Gerai Pak Lang. Selain laksa ada mee kari, masakan ala thai dan air kelapa pandan. Aku pun mengorder air kelapa pandan dan laksa. Sedang menghirup air kelapa yang sedap bangat itu, tiba-tiba taukeh tu bersuara. "Cikgu mengajar dimana" tanyanya. Aku pun jawab "Sg Kruit"
"Cikgu mengajar tingkat berapa?" tanya nya lagi . Aku pun menjawab "tingkatan 1 dan 2". "Anak saya ada di tingkatan 2" tambahnya. Kali ni giliran aku bertanya "Sapa nama anak". Jawabnya "Afiq Tajuddin". Memang aku kenal sangat le anaknya. Dari tingkat satu aku mengajar anaknya.
Ropa-ropanya petang itu aku minum di gerai bapa murid aku. Sebelum ini selalu aku tanya pada anaknya bapa kerja apa. Dia tak nak jawab mungkin malu agaknya. Pada aku ok la bapanya seorang peniaga gerai makan. Sekurang-kurangnya bapanya berusaha sendiri dan lebih berkat pendapatannya daripada aku yang makan gaji ini.
Bila difikir-fikirkan berkat ke gaji aku ni.? Sudah betul-betul ke aku menjalankan tugas. Bagaimana dengan masa yang terbuang kerana lambat masuk kelas. Bagaimana dengan adan ketikanya aku tak masuk mengajar kerana menyiapkan tugas lain di sekolah. Semuanya bersarang di kepala.
Kadang-kadang ada masanya masuk ke kelas tapi tak mengajar. Murid disuruh buat kerja sendiri kerana nak menyelesaikan kerja sekolah yang tak de berkenaan dengan P&P. Bagi aku mereka yang berniaga lebih berkat duitnya berbandiang aku yang makan gaji ni. Namun aku berserah kepada tuhan kerana maha mengetahui apa yang setiap hambanya lakukan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan