Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 7 Ogos 2009

Kaki meletup kabummmmm


Sedang aku buat warming up untuk berjalan atas treadmill. Anak aku yang nombor empat pun meniru aksi regangan yang aku buat. Dalam masa yang sama anak aku yang nombor tiga menarik tempat berjalan treadmill ke bawah.

Tiba-tiba dia bersuara "Ayah letih ayah pun ada kat sini lagi". Jenuh aku fikir apa pulak ada letih aku kat treadmill. Agak aku mungkin dia tersilap cakap dan mungkin dia nak cakap macam ni "Ayah belum hilang letih dah nak berjalan atas tredmill". Aku pun jawab "Ayah tak letih dah".
Dia membalas "Ini na nampak letih ayah kat sini".

Aku tak puas hati aku pun pergi tengok. Ropa-ropanya dia nak cakap kesan peluh aku ada lagi kat atas treadmill tu. Letih yang dimaksudkannya ialah kesan peluh. Macam tu anak aku nombor tiga, confident je dia cakap walaupun perkatan tersebut salah. Yang aku heran macam mana peluh boleh jadi letih.

Hari sebelum tu lagi best. Oleh kerana tredmill ni aku naik kan lagi kelajuannya kepada 5.5 maka pelapik tempat berjalannya menjadi panas. Aku terpaksa memakai kasut. Apalagi melecup la kaki aku. Selepas aku bukak kasut tiba-tiba anak nombor tiga aku memekik ke arah emaknya. "Mak kaki ayah meletup".

Apalagi kelam kabut le oarang rumah aku . Aku pun terpinga-pinga jugak. Kaki aku melecup bukan meletup. Ropa-ropanya melecup sudah jadi meletup da.... Dia confuse perkataan meletup dan melecup. Meletup dia selalu dengar, melecup jarang dengor. Maka Melecup jadi meletup.Dia taram semacam je.

Apalagi berhamburanlah derai ketawa kami sekeluarga . ...... Suatu petang yang amat lucu bagi aku. Alahai anak-anak......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...