Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 15 Ogos 2009

D`Kukus






Setibanya di kawasan makanan UPSI mata aku melilau nak mencari makanan yang unik dan lain dari lain serta sihat. Hidung mula menghidu kesedapan bau sup SAUDAGAR SUP. Aku memang hantu sup. Tahun lepas pun saudagar sup ada jugak berniaga di pesta konvo UPSI ni.

Jadi aku tidak teruja sangat dengan supnya sebab dah biasa rasa. Aku meneruskan perjalanan. Mata aku memberi perhatian kepada periuk yang berasap. Sangkaan aku mungkin pau. Namun aku tersilap dan aku dapati di dalamnya nasi putih. Tetapi bagi aku biasalah nasi putih. Nothing special.

Namun apabila taukehnya mula menceritakan tentang kelebihan nasi kukus yang tiada kanji dan elok untuk kesihatan aku mula memberi perhatian yang lebih serius terhadap penerangannya. Lauknya pula ayam goreng berempah. (Ini yang menggusarkan aku). Namun aku tetap nak cuba nasi kukus ni. Sikit pun jadilah.

Taukeh tu meneruskan ceritanya selain nasi kukus dia juga ada menyediakan menu lain seperti burger kukus, mee bandung muar dan mee kari. Burger kukus tanya aku?. Katanya Burgernya di perap dengan rempah istimewa ciptaanya dan hanya di kukus. Aku pun apa lagi terpaksa la order juga burger kukus sebab nak rasa macam mana rasa burger kukus.

Aku tak nafikan memang best kedua-kedua menu tu betul-betul holiyau. Kedua-dua menu tu ada rasa yang sedap, aroma yang wangi dan disediakan secara sihat. Makanan semacam ini memang akan mendapat sambutan sedikit masa lagi kerana kesedaran orang-ramai yang mula mempunyai kesedaran tentang makanan sihat yang sedap.

Taukehnya bercadang untuk membuka kedai tetap di UPSI atau Tanjong Malim. Penyertaanya di pesta konvo UPSI lebih kepada nak test market. Aku percaya menu brother ni boleh meletup dan mendapat sambuntan hangat di Tanjong Malim.

Taukeh ni bernama Shahnizam b. Mohd Noor. Dulu bekerja kerajaan dan basenya di Batang Kali. Kedainya menggunakan nama D`Kukus Services. Siapa yang berminat dengan nasi kukus dan Burger kukus boleh menghubungi 017-2110807. Untuk perancangan akan datang dia akan memperkenalkan menu baru roti canai kukus.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...