Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 21 Ogos 2009

Budak 13 tahun bidankan ibu bersalin


Tanjong atau nama sebenarnya Yaari bin Sulaiman merupakan orang yang agak rapat dengan aku. Kalau dulu kemana sahaja selalu aku dengannya bersama-sama. Semenjak kena Stroke pergerakannya terbatas. Namun sekali-sekali aku berkunjung ke rumahnya untuk bertanya khabar.

Semangatnya masih kuat semangatnya dan sentiasa positif dalam banyak perkara. Baru-baru ini aku perhatikan dia agak sihat dan ceria daripada biasa dan percakapannya pun lancar. Aku bertanya bagaimana dia boleh jadi lebih sihat dan ceria. Sebelum bercerita dia teresak-esak menagis dan sebak sambil menitiskan airmata.

Katanya semenjak dia mula mengamalkan produk Za`afaran pergerakan dan percakapannya kembali lancar seperti dahulu. Aku gembira melihat perkembangan ini. Hasratnya nak mengajak aku ke rumah OBA untuk menyarankan OBA pula cuba menggunakan produk tersebut memandangkan OBA juga kena Storke.

Apa yang mengagumkan aku tentang Yaarif ni walaupun bilangan anaknya ramai, dan pendapatannya kecil,namun dia masih Survive menyekolahkan kesemua anak-anak. Anak-anaknya yang dah bekerja pula banyak membantunya dalam kehidupan seharian.

Namun masih tak kesampaian kerana kesibukan tugas aku. Insyaalah kalau aku ada masa terluang aku akan bawak dia jumpa OBA. Mana tau Produk tersebut boleh membantu OBA. Tidak berapa lama dahulu pernah tersiar di surat akhabar Utusan Jawi tentang salah seorang anak Yaarif berusia 13 tahun bidankan ibu sendiri bersalin.

Berita itu pernah mengemparkan penduduk Sungkai. Berikut aku siarkan kembali keratan keratan akhbar jawi tersebut untuk sama-sama kita mengimbas semula kenangan lalu.

2 ulasan:

  1. Sedih juga dengor cerita Yaarif ni...sedara dekat.ni..Unik nya Sungkai dari Perlok Lama sampai Tiang bertarah ada pertalian keluarga...Dulu masa sekolah @ muda .dia ni .suka menyanyi...boleh tahan juga suaranya......Jumpa kirim salam...

    BalasPadam
  2. Betui Pak Uda suara dia karaoke memang sedap,

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...