Atas pengaruh member aku Razali awang dan Azhar aku pun membeli dan mula membaca buku karangan Zaid Ibrahim Saya Pun Melayu. Ada banyak perkara yang aku setuju dan ada banyak jugak perkara yang aku tak setuju dengan pandagan beliau.
Namun siapalah aku untuk memberi kritikan dan ulasan tentang sebuah buku yang aku kira boleh menjadi masterpiece seperti Malay Dilemma karangan Tun Dr. Mahathir. Aku sangat suka ceritanya yang telus dan terus sahaja membuka pekung melayu yang sudah menjadi barah dan nanah hanyir yang sukar di rawat.
Di muka surat 115 di bawah tajuk apa yang penting untuk orang melayu terdapat tulisannya yang berbunyi begini "Orang melayu memerlukan guru, pensyarah,dekan dan pengarah pelajaran yang baik".
Sebenarnya kenyataan ini merujuk kepada soal meritokrasi dan kualiti. Ini lah yang selalu aku sebutkan dari dulu namun ia memanaskan telinga-telinga orang atasan. Semasa aku dianggap sebagai guru bermasalah, kaki melawan dan keras kepala, aku pernah dikaunseling beberapa kali oleh pegawai kaunseling PPD.
Cuma satu ayat yang aku nyatakan "Sekolah tidak akan runtuh tanpa adanya PPD". Maksud aku tanpa ada orang-orang dalam PPD yang berlagak, besar kepala, hanya cari salah orang, tiada program pembangunan sekolah di daerah malahan ada juga yang tak tau buat kerja dan tak tau bidang tugas masing-masing, Yang hanya fikir tentang soal tuntutan perjalanan, yang dapat anugerah cemerlang termasuk isteri-isteri mereka di sekolah walaupun tak berapa cemerlang , yang tiada idea pembangunan dan banyak lagi mereka tiada tidak akan memberi kesan kepada jatuh bangun sesebuah sekolah.
Malahan mereka ini hanyalah sebagai nasi tambah dan kadang-kadang bukannya membantu tetapi kadang-kadang mengeruhkan lagi keadaan. Disebutkan secara formalnya perlu ada PPD maka dapat mereka duduk disitu. Kalau dikaji layakkah mereka duduk di situ. Berdasarkan kebolehan dan meritokrasi ramai lagi yang jauh lebih layak. Oleh kerana kenal orang atasan maka merasalah mereka duduk di kerusi empuk yang bakal menjelmakan ganjaran kewangan yang melimpah ruah.
Sebenarnya masih ramai lagi guru-guru yang ada di sekolah seribu kali lebih layak daripada yang ada di PPD. Namun mereka ini lowprofile dan sangat ikhlas dalam kerja mereka. Begitu juga dengan pengetua , penolong kanan dan pegawai khas jabatan, ramai yang naik hanya kerana senioriti dan kable besar.
Akhirnya kerja tak tau buat, tiada wawasan, tiada ide, beku dan jumud. Yang jadi mangsa guru-guru bawahan dan murid-murid atau lebih tepat sistem pendidikan. Begitu juga dengan guru. Kadang-kadang sesetengah guru ada yang aku rasa tak layak menjadi guru. Hanya kerana ada segulung ijazah daripada universiti yang diiktiraf kerajaan maka dapat mereka menjadi guru.
Akhirnya di sekolah mereka ini menjadi guru yang sambil lewa, malas, tidak memikirkan kepentingan murid hanya memikirkan kepentingan sendiri, berlumba-lumba nak pangkat, study bagai nak rak untuk lulus PTK, bodek-membodek, pijak orang sebab nak naik cepat, kerja tak seberapa bising je yang lebih, cakap bagus namun perbuatannya jauh daripada apa yang di cakap dan yang lebih malang jarang berada di sekolah sibuk dengan tugas luar.
Inilah jenis-jenis guru yang terdapat dalam sistem pendidikan kita sekarang. Yang malangnya golongan inilh yang mendapat peluang kenaikan pangkat atas kemahiran membodek dan ada kable serta senioriti.Itu sebab aku sangat setuju dengan tulisan Zaid Ibrahim. Kita mesti ada guru,pensyarah,dekan dan pengarah pelajaran yang terbaik. Lagi sekali aku ulang yang terbaik. Lagi sekali aku ulang yang terbaik.
Pihak kementerian perlu turun ke bawah untuk mencari yang terbaik. Bukannya memilih pegawai untuk dinaikkan pangkat atau pegawai yang bakal diberi tugas besar hanya dinilai dari kaca mata pembodek atau pengkable.
Sebenarnya ramai yang terbaik ada di akar umbi sekolah. Namun kerana mereka tidak menonjol, tidak pandai bercakap atau kurang bercakap dan tak pandai bodek. Akhirnya mereka dibayangi oleh golongan yang aku sebutkan di atas tadi.
Maka sistem pendidikan kita sedikit demi sedikit akan merosot dan merudum daripada segi kualiti apabila nasibnya berada di tangan orang-orang yang tak sepatutnya dan bukan di kalangan mereka yang terbaik. Sekali lagi aku ulangi kita perlukan yang terbaik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan