Nuffnang

Pengikut

Rabu, 26 Ogos 2009

Bazaar Ramadhan Bidor












Setelah 5 hari berkurung di rumah kerana badan yang tak berapa sihat akhirnya hari ni terpaksa juga aku keluar. Aku terpaksa ke sekolah menyelesaikan beberapa urusan, menghantar kereta untuk di repair dan ke kaunter LAP Tapah untuk membayar bil yang dah tertunggak beberapa bulan.

Dalam perjalanan pulang cadangnya nak singgah di Bazaar Ramadhan Tapah. Sesampai je di Bazaar Ramadhan Tapah hujan mencurah-curah turun dengan lebatnya. Niat terpaksa dibatalkan. Aku terus bergegas nak balik ke rumah. Sesampai di Bidor nampaknya cuaca elok tak de hujan.

Maka aku mengambil keputusan untuk singgah di Bazzar Ramadhan di Bidor. Sedang sibuk membeli juadah berbuka hujan turun. Namun tidaklah selebat di Tapah. Sempatah aku merayau-rayau di Bazaar Ramdhan sambil mencari juadah kegemaran.

Sambil tu sempat juga jumpa kawan-kawan lama yang menjadi pengunjung dan yang berniaga di Bazzar Ramadhan. Kali ni Bazaar Ramadhan beralih ke tempat baru di hadapan Pasaraya Yat Fong. Kalau sebelum ni Bazaar Ramdhan bertempat di depan Klinik Zabedah.

Orang yang berniaga lebih kurang sama macam tahun sudah. Cuma yang ketara amat kurangnya orang yang menjual air. Mungkin masalah ini berpunca daripada kekurangan gula. Semasa aku sampai di Bazaar Ramadhan ini orang tak berapa ramai.

Setelah hujan sidang barulah sedikit demi sedikit jumlah pengunjungnya meningkat. Insyallah kalau badan sihat aku akan terus berkunjung ke Bazaar Ramdhan yang berbeza.

3 ulasan:

  1. Hanya di Sungkai..mungkin..(Perak ?? ) ada kuih BADAK BERENDAM....tempat lain tak ada...Pak Uda rindu ngn juadah ni...Di Kelantan walaupun kurang gula, kuih kuih tetap manis leting...

    BalasPadam
  2. Kuih kelantan yang aku suka kuih kepit hidung, macam buah melaka, tapi kecik dan ada macam-macam warna. Satu lagi ayam kuah putih tu, namanya aku tak tau. Arwah opah aku dulu gemor benor buat badak berendam dan putri mandi.
    Satu lagi sotong sumbat (dalamnya ada pulut)

    BalasPadam
  3. Ayam kuah putih..?..Kepit hidung semalam Pak Uda beli..Kuih Taik Itik tak minat ke ?...

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...