Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 6 Februari 2009

IDA DAN TWISTER KFC

Semasa zaman belajo aku terlibat dalam banyak aktiviti pelajar. Antara yang selalu aku join ialah sebagai AJK Pesta Konvo bahagian sukan. Aku & the team ditugaskan handle pertandingan bolatampar sempena pesta konvo. Tugas nya agak berat. Bermula dengan cari pengadil, cari peserta, taklimat peserta, persediaan padang hinggalah mencari penjaga garisan. Oleh kerana aku pernah main bolatampar dan pernah wakil kamsis(kolej kediaman) maka tau la aku selok-belok kerjanya.

Cuma yang aku cuak sikit team yang datang semua standard kebangsaan. Bukan apa segala-galanya kena sempurna. Kalau tidak mampus kena protest. Semasa cabutan undian dah ada masalah. Nasib baik pengadil kebangsaan tu tolong. Kalau tidak masak aku. Bila tengok dia orang main dia punya serve pun dan macam spike. Spike lagi dahsyat le meletup-letup. Memang seronok.

Dalam team aku ada sorang awek ni. Dia rajin nyembang ngan aku. Macam-macam cerita keluo. Dia kata dia suka makan nasi ayam yang emak dia buat. Itu antara cerita yang aku ingat. Dia ni juga perenang banyak rangkul pingat. Terlibat dalam teater. Last-last sekali dari cerita orang lain baru aku tau bapa dia ni ahli politik. Dia memang tak penah cerite (Low Profile). Nak tau siapa dia. Dia ni anak Dato` Azmi Khalid yang kahwin dengan Nirmala Samsudin tu.

Dia banyak terlibat dengan pengiklanan. Yang aku tak lupa iklan KFC Twister. Namanya Ida.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...