Nuffnang

Pengikut

Ahad, 22 Februari 2009

FROM PENTATEUCH TO ZOHAR




Tatarcara templar yang ganjil ini telah di pengaruhi oleh rahsia yang ditemui mereka di Baitul Muqqaddis yang menjadi punca mereka meninggalkan agama kristian dan mula mengamalkan upacara-upacara sihir. Rahsia ini berkaitan Kabbalah. Penulis Perancis Eliphas Livi telah mengemukakan bukti terperinci bahawa templar telah menganut dan mengamalkan doktrin rahsia ini. Tidak syak lagi doktrin tersebut berasal dari mesir purba dan dipindahkan kepada templar melalui Kabbalah.

Sementara itu novelis Itali Umberto Eco menjelaskan bahawa Kabbalah berasal daripada Firaun Mesir Purba. Beberapa orang yahudi telah belajar tentang Kabbalah kemudian telah memasukkannya ke dalam lima kitab perjanjian Lama (Pentateuch). Rahsia ini dipindahkan secara sulit dan hanya boleh difahami penganut-penganut Kabbalah.(The Zohar yang kemudiannya ditulis di Sepanyol dan menjadi kitab utama Kabbalah berlaitan rahsia kelima-lima kitab itu) selepas menyatakan bahawa penganut-penganut kabbalah membaca rahsia mesir purba ini di dalam ukuran geometri Nabi Sulaiman. Templar mempelajarinya daripada rahib-rahib penganut Kabbalah di Baitul Muqaddis.

Apabila templar menganut amalan Kabbalah ini mereka mula berkonflik dengan dasar kristian yang menguasai Eropah. Ini adalah konflik yang mereka kongsikan dengan satu lagi kuasa penting Yahudi. Selepas mereka di tahan oleh Raja Perancis pada 1307 tatarcara ini disembunyikan namun pengaruhnya tidak pernah padam malah menjadi lebih radikal dan tegas.

Kebanyakannya pengikut templar ini lari ke Scotland satu-satu negara Eropah yang menerima mereka. Di scotland mereka masuk ke persatuan pembina tembok lalu menguasainya. Benih-benih Freemason ini mula disemai dan bergabung pula dengan kebudayaan purba scotland yang menjadi cabang utama dalam Freemason masa kini. Tamplar dan Yahudi terus menjadi sekutu yag kuat dan saling bekerjasama sehingga lahir satu fahaman baru yang disebut Freemason.

Kerjasama mereka ini telah berjaya berjaya mecetuskan pelbagai revolusi besar seperti revolusi Perancis dan Itali, Revolusi Bolshevik dan seterusnya menjatuhkan institusi beraja di banyak negara Eropah dan seterusnya menguasai geo politik dan ekonomi sesebuah negara sama ada melalui proksi atau keturunan mereka melalui perkahwinan campur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...