Nuffnang

Pengikut

Isnin, 9 Februari 2009

Roti canai dan Tosei


"Cikgu, tadi dia kena roti canai ngan sir k_l_" Kata seorang pelajar kepada aku . Mula-mula aku menung gak apa benda nya tu. Yang aku tau roti canai kalau makan ngan kari memang sedap. Kemudian aku tanya roti canai apa. Kemudian budak tu tunjuk ngan aksi sekali.Baru aku paham.

Kalau macam tu masa zaman sekolah dulu aku pun selalu kena roti canai.Memang sedap. sekali kena susah nak lupa.Sampai sekarang masih teringat. Selepas roti canai masak biasanya mamak tu buat apa. Dia angkat dan dia tepuk dengan dua tangan. Bila di applykan kat muka itulah teknik roti canai.

Sementara teknik tosei ni diapplykan kat atas kepala. Bengkokkan macam nak ketuk kepala kemudian pusingkan macam buat tosei. Ini teknik tosei. Boleh tahan juga sakitnya.

Ada satu lagi teknik yang aku pernah kena masa zaman sekolah. Teknik penampo terbang. Yang terbang bukan aku tapi cikgu yang menampo tu sebab dia pendek. Penampo dia cukup power. mungkin 4 kuasa kuda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...