Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 13 Februari 2009

Harun Yahya (Adnan Oktar)


Mulai minggu depan aku akan cuba mengulas pandangan Harun Yahya penulis Turki yang banyak mematahkan hujah-hujah barat terutamanya tentang Teori Darwin dan Freemason. Beliau banyak menghasilkan buku-buku yang sarat dengan fakta saintifik yang tidak dapat disangkal oleh dunia barat sehingga berjaya meruntuhkan teori Darwin yang telah dipercayai oleh ramai orang di seluruh dunia.

Pandangannya yang lengkap berdasarkan bukti al-quran dan hujah saintifik telah menjadikan bukunya mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia. Hampir semua buku tulisannya aku dah baca. Namun sekali baca memang susah nak memahaminya terpaksa diulang berkali-kali.

Antara buku yang aku sedang baca dan kaji ialah Gerakan Freemason Sedunia yang memang merupakan satu subjek yang aku sangat minat. Kupasannya di dalam buku tersebut tentang gerakan Freemason di seluruh dunia melengkapkan perkaitan diantara Yahudi, knight Tamplar,Kabbalah, Humanisme, Teori Darwin, Fahaman Naturalis, Teori Materialisme dan hubungannya dengan Falsafah Yunani, Mesir Purba dan Firaun.

Kesemua di atas sekali imbas seolah-olah terpisah di antara satu sama lain. Namun bila dikaji ia saling berkait di antara satu sama lain malah saling lengkap- melengkapi. Malah Amerika (Jerusalem Baru) terus menjadi tempat suburnya fahaman freemason yang sarat dengan amalan Mesir Purba yang merupakan sumber rujukan utamanya selain Temple of Sulaiman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...