Nuffnang

Pengikut

Khamis, 26 Februari 2009

Asal-usul Humanisme dalam Kabbalah


Kita telah melihat bahawa Kabbalah adalah doktrin yang berasal dari Mesir Purba dan ia telah memasuki dan mencemari agama yang Allah turunkan kepada Bani Israel. Asasnya Kabbalah menganggap manusia bukan makhluk ciptaan tuhan sebaliknya sedia wujud.

Humanisme memasuki Eropah melalui sumber ini. Pada kurun kelima belas Agama Krisitian yang mempercayai kewujudan tuhan dan manusia dijadikan oleh tuhan telah di serang daripada sudut ideologi dan falsafah Humanime. Pensyarah sejarah di institiut Pontifical Bible Vatican Malachi Martin telah menjelaskan bahawa pada zaman pembaharuan di Itali terdapat kebangkitan satu jalinan persekutuan-persekutuan humanisme dengan aspirasi untuk melepaskan kawalan penuh tatarcara yang ada. Mereka wujud dalam kepompong rahsia.

Mereka juga dikenali dengan dua ciri utama.

1. Memberontak menentang tafsiran tradisi injil yang dikemukan oleh paderi-paderi
2. Menentang hujah-hujah berbentuk falsafah dan teologi yang dikeluarkan oleh gereja.

Mereka mula mengasaskan fahaman humanisme secara rahsia berasaskan Kabbalah yang bersumber Mesir Purba. Penyokong-penyokong Itali telah mengeluarkan idea-idea Kabbalah melampaui jangkaan. Mereka membina konsep ilmu rohani rahsia dan memindahkannya ke satu peringkat pemikiran dunia. Ilmu rahsia yang diamaksudkan ialah ilme rahsia bagaimana menguasai kuasa gelap alam untuk tujuan sosio-politik.

Ringkasnya persatuan-persatuan Humanisme yang terbentuk pada masa itu menggantikan kultur katolik Eropah denga Kultur baru yang mempunyai kaitan denga Kabbalah. Mereka telah menggunkan sosio-politik sebagai kuda tunggangan untuk menjayakan matlamat mereka.

Menurut Profesor Martin " Permulaan persekutuan-persekutuan humanisme yang awal adalah penganut-penganut kuasa agung- Pencipta Alam Yang Agung (The Great Architect of the Cosmos) yang mereka kemukakan di bawah empat huruf suci Ibrani YHWH (Penyokong-penyokong Humanisme) meminjam simbol-simbol lain-Piramid dan simbol mata yang melihat-yang berasal daripada sumber-sumber Mesir"

Agak menarik penyokong-penyokong Humanisme menggunakan istilah "Pencipta Alam Yang Agung" satu istilah yang masih digunakan oleh anggota Fremason hari ini.Ini menunjukkan memang terdapat hubungan yang rapat antara humanisme dan Freemason. Freemason terus memberi sokongan kepada humanisme supaya menentang kepercayaan terhadap agama krisitian yang sebenar.

Ringkasnya pada kurun ke-14 sati organisasi Freemason dan Humanisme yang mempunyai hubungan denga Kabbalah telah dilahirkan. Organisasi ini menentang semua bentuk agama krisitian, Yahudi dan Islam yang mampercayai kewujudan tuhan .Mereka menerima material alam sebagai tuhan termasuklah manusia. Bersambung lagi esok......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...