Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 28 Februari 2009

TEPUK MEJA


Bila tengok anak-anak murid menepuk meja teringat aku and the gang zaman sekolah. Memang pantang waktu terluang mesti buat konsert kat belakang kelas. Antara penepuk meja yang berbakat zaman sekolah Yob Salihin. Dia tepuk meja memang sedap cakap je lagu apa. lagu melayu, lagu cina, lagu jepun dan lagu kartun semua dia taram. Satu lagi kelebihan Yob Salihin ni pandai bercerita.Zaman tu tengah top cerita Kapten Future.

Kalau dengor dia cerita ternganga mulut dibuatnya. Bunyi robot Kapten Future yang aku tak tahan tu sebijik macam dalam TV. Yob Salihin yang aku dengor pernah kerja dengan M.Nasir dan sekarang ni aku tak tau maklumat dia.

Penepuk meja yang tak kurang hebatnya Termizi Rafie. Kalau cikgu tak de je atau lambakt masuk apa lagi konsert. Sham mabuk pegang penyapu terangguk-angguk memang macam orang mabuk.

Dari lagu rock sampai La Bamba semua kita taram. Happening-happening. Mizi memang boleh main Drum. Satu lagi yang best mizi ni pun pandai cerita. Kalau dia pergi tengok wayang kita tak payah pergi dah. Balik je karang dengo cerita dia. Detail dia cerita sampai kita boleh bayangkan cerita tu macam mana. Yang aku ingat cerita Indiana Jones Last Crusade seronok betul cerita dia. Tengok wayang pun tak berapa syok berbanding cerita Mizi. Sekarang Mizi dah jadi pensyarah IPG Ipoh. Dengor cerite kat sana pun main Drum jugak. Ajak le aku join.Dah lama tak Jamming ni. Gate beno dah tangan ni.

Berkat dua penepuk meja ni aku pun terikut sama. Kadang-kadang aku tepuk juga bila boring duduk dalam kelas. Cuma genre muzik je lain. Rock boleh, dangdut boleh, lagu india pun aku taram yang terkini lagu orang asli pun aku layan maklumlah aku ngajo ramai orang asli. Terasa dekat sangat keasliannya. Nyata berbeza daripada biasa. Teringat-ingat kenangan mengusik kalbu. Sangat mahal pengalaman itu. Semoga terus subur dalam ingatan dan ikatan persahabatan yang berkekalan. Al ta la vista Yob Solihin dan Mizi

1 ulasan:

  1. ada sorang mungkin hang lupa..brade zahrullail..ha ha ha...pakar teouk gendang dan papan plywood katil..

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...