Nuffnang

Pengikut

Khamis, 26 Februari 2009

Keluarga Besarku






Pada 20/12/2008 berlangsung perkahwinan sepupu aku. Memang dah jadi lumrah setiap kali majlis perkahwinan dan hari raya rumah opah aku jadi tumpuan tempat berhimpunnya saudara-mara. Masa ni macam-macam kerenah boleh dilihat. Yang di dapur tak kering tangan menyediakan makanan. Kalau musim buah-buahan terutamanya durian pun ramai yang balik juga.

Berkumpul ramai-ramai ni memang best. Rumah peninggalan arwah datuk aku Nordin Bin Rahim sentiasa meriah setiap kali ada saudara-mara yang berkahwin dan musim perayaan . Semoga kemeriahan terus dikekalkan untuk masa-masa akan datang. Malam tu ramai-ramai bakar sate buatan sendiri resepi mak sedara dari Negeri Sembilan. Deruan air sungai Batang dan keheningan suasana desanya sangat terasa. Tenang dan damai sentiasa.Lokasinya di Kg. Jambai, Tapah Perak yang pernah aku tulis dalam blog ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...