Nuffnang

Pengikut

Selasa, 14 April 2009

Nah ambik balik bini engkau


Kalau tak berleter bukan lah perempuan namanya. Kadang-kadang ada je benda yang nak di leterkan . Buat macam ni kena leter, buat macam tu pun kena leter.Pendek kata serba tak kena. Tapi kadang-kadang lama tak dengor leteren rasa tak syok pulak. Terutamanya bila orang rumah pergi kursus 2 ke 3 hari. kadang-kadang leteran tu dah jadi macam hiburan kadang-kadang rasa nak naik angin pun ada.


Aku nak cerita satu cerita tentang isteri Pak awang yang suka berleter .Setiap kali Pak awang balik kerja maka mula lah isterinya berleter. Macam-macam perkara yang dileterkan. Pendek kata serba tak kena hidup Pak Awang. Pak Awang dah tak boleh tahan.

Pada suatu petang di kedai kopi Pak awang meluahkan rasa hatinya kepada ahli mesyuarat kedai kopi. Macam-macam respon Pak awang dapat. Namun yang paling menarik hati Pak Awang ialah pendapat Hj. Dollah. Kata Hj Dollah " Kamu buang je bini kamu dalam perigi buta kat hujung kampung tu, abih cerita. tak payah pening kepala" "Biar makan dik penunggu dalam perigi tu" sambung Hj. Dollah.

Balik ke rumah Pak Awang pun menangkap isterinya dan di campak ke dalam perigi buta tu. Pak awang rasa lega tak de lagi radio buruk berbunyi. Hari pertama ok. hari kedua ok. Masuk hari ketiga Pak awang mula rasa sunyi.

Maka Pak awang pun ke kedai kopi nak mintak pendapat kawan-kawan. Kata Hj. Leman "kalau macam tu kamu pergi la ambik balik bini kamu". Sampai di perigi buta Pak Awang pun menyeru kepada penunggu perigi supaya dipualangkan bininya. Penunggu Perigi pun bersuara " Selama 3 hari bini kamu kat sini aku tak boleh tidur asyik berleter je bini kamu ni, aku dah tak boleh tahan, Nah ambik balik bini kamu".

Moralnya terima lah seadanya isteri kita. Dalam artikel seterusnya renungkan kata-kata Socrates yang juga ada kaitan ngan isteri dan rumah tangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...