Nuffnang

Pengikut

Khamis, 9 April 2009

KOD E (Kod Khinzir pada makanan)


Artikel ni aku perolehi semasa seminar Herba. Dalam Internet dah banyak artikel ni tersebar. Namun terpulang kepada kita nak percaya atau tidak. Dengan senario terkini industri makanan negara rasanya tulisan artikel ni tepat. 

Macam artikel yang dikeluarkan oleh persatuan pengguna Pulau Pinang ramai yang tak yakin atau buat-buat tak nampak. Sedangkan tulisannya itu fakta dan tidak pernah disangkal oleh mana-mana syarikat yang disebut dalam tulisannya.

Rahsia besar ini didedahkan oleh seorang pegawai Badan Pengawasan Ubat dan Pemakanan (POM) di pegal Perancis. Tugasnya mencatat semua kandungan ubat dan makanan yang dikeluarkan secara detail.Prosedur seumpama ini memang ditekankan oleh semua negara Eropah bagi menjamin rakyatnya makan benda yang selamat dan tidak mengancam nyawa.

Ia satu prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua pengeluar ubatan dan makanan. Mereka mesti mengishytiharkan semua kandungan makanan dan menjadi kesalahan sekiranya ia disembunyikan daripa pengetahuan umum.

Hampir seluruh negara barat dan Eropah memilih pilihan utama untuk daging ialah daging babi. Di Perancis sahaja terdapat 42,000 penternak. Jumlah kandungan lemak dalam babi sangat tinggi. Namun orang Eropah sendiri menghindari lemak tersebut. Sekitar 60 tahun dahulu lemak-lemak ini dibakar dan dibuang. 

Lemak babi tidak dapat dieksport ke negara-negara  Asia kerana ramainya umat Islam yang sememangnya apa sahaja produk berkaitan babi haram untuk umat Islam. Pada masa dahulu lemak babi pernah disalut kepada peluru-peluru untuk mengelakkan perluru itu berkarat. Apabila diketahui oleh orang-orang Islam produk mereka telah di boikot dan menyebabkan perniagaan mereka terjejas.

Demi melihat betapa banyaknya keuntungan yang boleh diperolehi sekiranya produk hasil lebihan babi ini dapat diproses ke bentuk lain (Hasil Deriavtif) dan menjadi salah satu bahan kandungan dalam barang-barang tertentu usaha telah digerakkan ke arah itu.

Satu pemasalahan lagi yang dihadapi oleh syarikat-syarikat besar barat dan Eropah ialah kalau kandungan sesuatu produk  itu ditulis dengan kandungan sebenar sudah tentu produk tersebut tidak boleh masuk ke nagara Islam yang merupakan pasaran terbesar.Sekitar 1970-an penulisan lemak babi pada kandungan produk diganti dengan  lemak haiwan. Namun helah ini masih menimbulkan syak dan wasangka kepada pengguna Islam.


Mereka cuba pula menjadikan produk babi kepada bentuk lain (Hasil Deriavatif) Umpamanya produk berasas tulang dijadikan kalsium. fosforus,emulsifier, pensatabil makanan dan gelatin. Bila bertukar bentuk dan nama lain orang sudah tidak bertanya kalsium tu dariapada apa. Emulsifier daripada apa. Darah dijadikan vaksin. Orang juga tidak lagi bertanya vaksin apa. Lemak babi dijadikan shortening, perasa dan pewarna tambahan. Orang juga tidak bertanya Shortening tu daripada apa?.

Namun usaha itu tidak juga berjaya spenuhnya apabila lama-kelamaan helah tersebut berjaya juga dikesan. Syarikat Multibillionare Eropah dan Barat mula memikirkan bagaimana menjadikan kandungan sesuatu produk tidak dipertikaikan. Maka mereka memutuskan untuk membuat kod-kod tertentu ke atas kandungan sesuatu produk yang hanya diketahui oleh Badan Pengawas Makanan dan ubat tanpa diketahui oleh orang ramai.

Kod tersebut diawalkan dengan E-Kod dan E Ingredients yang banyak terdapat dalam ubat gigi,coklat, kek, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin,multi vitamin dan ubat-ubatan. Antara kod E dalam sesuatu produk yang disahkan mengandungi unsur babi ialah :

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Kalau tak silap aku persatuan pengguna Islam ada menyedikan perkhidmatan SMS untuk bertanya tentang E-Kod ini. Tepuk dada tanya selera. Kalau masih sangsi print kod E ini. Anda tengok dahulu pada kandungan jajan atau makanan ringan yang anak anda beli. Namun bukan semua kod E tak boleh dimakan. Ada juga yang boleh di makan selain kod diatas. Jenama makanan ringan yang terkenal banyak menggunakan E kod di atas walaupun didepannya ada logo halal Jakim.

Mengapa terjadi begini kerana kerana E kod ini adalah produk Deriavatif yang bukan dalam bentuk asal dan sudah dinamakan dengan pelbagai nama lain. Sudah tentu perkara ini sukar dipantau dan ditentukan halal dan haramnya. Apa yang kita boleh buat jadilah penapis diri sendiri untuk kesejahteraan keluarga dan umat islam yang lain. Wallahu alam.....


3 ulasan:

  1. saya dapat tahu kod E ni melalui khutbah senbahyang h.raya qurban di kampung saya di Sg.Petani, Kedah.Memang dalam pengamatan saya, ramai orang Islam tidak tahu hal ini.Sehingga lah saya datang ke Mumbai,India saya dapati makanan vegetarian banyak diletak emulsifier kod 471,110 dan 440.Dalam produk tenusu(ais krim, ,yogurt,susu tepung, cokelat) dan minuman terutama jus mango,selain itu, dalam biskut, roti putih , sos, jem dan banyak lagi.Saya rasa umat islam di sana tidak menyedari hal ini.Mereka berpendapat semua makanan berlabel hijau bulat ialah vegetarian.Saya hanhya mengambil produk yang hanya pure vegetarian bukan vegetarian.Ini sebagai panduan kita sebagai umat ISlam, masih tidak menyedari tipu muslihat orang bukan Islam untuk menghancurkan umat Islam.

    BalasPadam
  2. Saya ingin menyentuh tentang ais krim yang dijual oleh penjaja dalam bentuk kon.Juga yang bersama campuran minuman yang dipangil ice blended adalah halal?Anak-anak saya gemar memesannya di restoran.Saya sudah menghentikannya.Alhamdulillah, anak-anak saya faham dan menghindari makanan tersebut.Tetapi bagaimana yang lain?Begitu juga dengan penjualan makanan yang begitu laris iaitu char kuew teow basah yang dikatakan kicap hitam yang menjadi penyedap sajian.Kicap hitam tersebut dikatakan dibeli di Thailand dan Singapura.Bagaimana kita hendak menentukan makanan tersebut halal sedangkan kita beli di kedai orang Islam?Sekali lagi saya tertanya?

    BalasPadam
  3. Hasil semakkan, code E100 dalam artikel di atas yang didakwa mengandungi unsur babi adalah pewarna kuning di akstrak daripada kunyit

    E100 - Curcumin
    orange-yellow color, derived from turmeric, a member of the ginger family

    ref : http://nac.allergyforum.com/additives/colors100-181.htm

    jangan menyebarkan fakta palsu. Semak dan selidik sebelum sebarkan. harap maklum.

    p/s : mostly, E code adalah pewarna makanan yang sumbernya daripada tumbuhan.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...